adfly

Thursday, 23 August 2012

Abang sayang Mia > Cerpen


“ Mama tak kira kamu kena kawin jugak dengan anak kawan mama ngan papa tu ”, tegas suara Puan Sri Sarimah. “ Saya tak mahu la mama.Mama tak boleh la nk paksa saya macam ni. Saya nak cari gadis pilihan hati saya bukannya perempuan kampung yang takda mak bapak tu.Please la mama.Papa tolong la Akmal ”, bantah Akmal sambil buat muka sekupang depan Tan Sri Musa memohon simpati. “ Jaga sikit mulut kamu tu. Jangan nak jadi kurang ajar menghina anak yatim piatu macam tu ”, jerkah Puan Sri Sarimah sampai naik meremang bulu roma Akmal. “ Papa ngan mama sudah membuat keputusan hendak mengahwini kamu dengan Mia. Titik. ”, tegas suara Tan Sri Musa setelah berdiam diri sebentar tadi.
Akmal mengambil keputusan untuk meninggalkan ibu bapanya tanpa sebarang kata putus. Dia dengan hangat hatinya meninggalkan perkarangan villa Sentosa yang terletak di Bukit Antarabangsa dengan hati yang panas membara. “ Oooooo.....Mia nama kau perempuan kampung. Siap la kau. Jangan harap aku nak terima kau jadi bini aku sampai mati. Kau hanya layak jadi orang gaji kat rumah aku bukannya bini aku ”, bebel hati Akmal dan dalam diam menyimpan dendam untuk perempuan yang bakal menjadi isterinya. Entah jadi ke tidak.
Hati Mia menjadi tidak keruan apabila memikirkan pinangan daripada rombongan dari Kuala Lumpur seminggu lepas. Opah cakap rombongan yang berkunjung itu merupakan sahabat ibunya semasa kecil. Opah cakap lagi yang Mia harus menerima pinangan kali ini kerana ini adalah amanah arwah ibu untuk menperjodohkan dirinya dengan anak kepada orang kaya KL tu. “ Kalau dah ini amanah ibu, Mia mesti tunaikan ”, Mia bermonolog sendiri.
“ Akmal terima untuk ambil perempuan tu jadi bini Mal ”, Akmal nekadkan diri. Akmal ke ni. Sanggup pula dia nak beristerikan Mia. Rupanya ada udang disebalik batu. Niatnya adalah hendak mengenakan Mia nanti sampai Mia menyesal kerana sebab Mia la Akmal kena kawin paksa. Kolot juga pemikiran mamat ni. “ Dia ada nama la Mal. Nur Mia Maisarah Binti Saari. Ingat tu jangan nak sesuka hati panggil orang ‘ perempuan tu ’, ” tegur Puan Sri Sarimah dengan panggilan anak terunanya terhadap bakal menantunya itu, Mia. “ Apa-apa je la mama. Akmal tak kisah pun and I don’t mind about his name ”, luah Akmal dengan bongkahnya. Nanti dia tau la nasib dia. Puan Sri Sarimah hanya mampu menggelengkan kepala sambil matanya tajam melihat anak tunggalnya meninggalkannya di ruang rehat itu. Tetapi Puan Sri Sarimah lega dan mengucapkan kesyukuran dengan berita itu. Dia sudah berkira-kira mahu melakukan persiapan perkahwinan sekarang juga. Sungguh teruja nampaknya Puan Sri ni.
“ Mak cik Sarimah telefon tadi cakap yang hujung minggu ni dia akan datang ke sini untuk mengikat tali pertunangan ”, opah menyusun ayat agar Mia tidak tersinggung. “ Mia tak kisah opah. Inikan amanah ibu. Mia turutkan je ”, balas Mia bersahaja. Opah melihat air muka cucunya yang agak keruh. Opah tau cucunya itu anak dan cucu yang baik. “ Opah doakan cu bahagia la nanti dan kecapi la kebahagiaan yang cucu tak pernah rasai sebelum ni ”, opahnya berdoa dalam hati sehingga mengalir air mata di pipi tuanya itu. “ Kenapa opah menangis ni? Mia ada buat salah ke opah? Mia mintak ampun opah ”, Mia mula cemas dengan linangan air mata opahnya sambil mengelap lembut air mata itu. “ Tak ada apa la cu. Mata opah ni masuk habuk la. Cuba Mia tiupkan kejap ”, opah cuba menenangkan hati cucunya itu. Moga kebahagian akan jadi milik mu Mia.

Rombongan peminangan pihak lelaki pun tiba la di Kampung Batu 14 pada tengahari Ahad tersebut. Dengan hajat ingin menyunting bunga di taman. Tetapi dalam kegirangan itu ada pula yang tak senang duduk. Siapa lagi kalau bukan Akmal yang dari tadi buat muka tak puas hati dengan mama dan papanya yang memaksa dia datang sekali. Dah la dia banyak kerja dekat pejabat sejak kebelakangan ini. Maklum la arkitek muda yang mendapat perhatian daripada papanya dan ahli lembaga kerana hasil kerjanya yang tip top dan jugak perhatian daripada gadis-gadis pejabatnya mahupun budak sekolah menengah yang tertarik dengannya. Siapa tak kenal Akif Akmal Tan Sri Musa yang kacak , putih kemerahan mukanya , tinggi lampai bak model katakan serta badan yang sasa. Pakej la untuk dia tetapi sombong habis.
Sampai sahaja di hadapan rumah papan yang agak pudar warna catnya tetapi hasil bina rumah itu cantik mata memandang. Kalau di beri tatahias pasti menarik jadinya. Akmal memberi pendapatnya. Baik pula mamat ni. “ Assalamualaikum...”, Tan Sri Musa memberi salam tanda mereka sudah tiba.   “ Waalaikummusaalam....jemput la naik semua ”, opah mempersilakan tetamunya itu. Puan Sri Sarimah bergegas mendapat opah untuk bersalam lalu memeluk tubuh tua itu dengan erat sambil mencium kedua belas pipi tua opah. Tindakan itu dibalas opah seperti anak beranak sahaja mereka.
Setelah selesai upacara pertunangan tersebut , hati Akmal begitu berkobar-kobar mahu melihat muka perempuan kampung yang dia paling benci itu kerana berjaya memusnahkan impiannya itu.    “ Mana pula perempuan ni. Siap la bila aku dah jumpa nanti. Memang aku hambur habis-habisan ”, Akmal dah mula merancang rancangan awalnya untuk mengenakan Mia. “ Haaa...Akmal ni la Nur Mia Maisarah ”, tiba-tiba Puan Sri Aminah menegurnya yang tengah geram sangat la tu. Terkejut Akmal dibuat mamanya. Akmal terus memalingkan muka untuk melihat perempuan yang dia benci sangat tu. Terkelu lidah Akmal apabila terpandangkan wajah di hadapannya. Wajah bujur sireh yang amat putih bersih dengan sedikit calitan alat solek kerana majlis ini kerana Mia memang tak pernah mengenakan sebarang alat solek kecuali lip balm sahaja. Mata bulat yang cukup menarik serta hidung yang sederhana mancung menyerlahkan keayuan Mia. Tidak lupa tubuh tinggi lampai milik Mia serta bibir munggil Mia yang kemerahan dan tidak terlalu nipis sudah cukup untuk membuatkan hati Akmal bergetar. “ Biar betul perempuan cantik macam model ni perempuan kampung tu ”, terlopong Akmal seketika sambil bermonolog dengan hatinya sendiri. Apa sudah kena ni?Tak kan la sudah jatu cinta. “ Tak!!!!!!Aku benci dia la ”, Akmal melawan suara hatinya kembali bagi mempertahankan egonya itu.
Pejam celik sahaja sudah tiba masanya majlis pernikahan Akmal dan Mia. Hanya sekali lafaz sahaja maka Nur Mia Maisarah sah menjadi isteri kepada Akif Akmal yang angkuh itu. Nasib kau la Mia. Malam itu Akmal merancang mahu mengena Mia kerana dia tak berpeluang sebelum ni. Siap la kau malam ni perempuan kampung. Usai sahaja mengerjakan solat Isyak Mia terus menghampiri suaminya. “ Kalau nak tidur kau tidur kat bawah faham tak ”, belum sempat Mia memulakan bicara Akmal terlebih dahulu memulakan rencananya yang sudah berapa lama pun tak tahu la. Mia hanya mengiakan sahaja kerana dia sedar dirinya siapa. Tidak layak tidur di atas katil bersaiz king yang pastinya empuk. Mia bersyukur sangat sebab dia merasa juga nak tidur dalam bilik berpenghawa dingin. Mia hanya tidur beralaskan karpet gebu yang bagi Mia amat selesa sekali kerana dia pernah tidur hanya berlapikan surat khabar di rumah papannya. Teringat Mia pada opahnya. Puan Sri Sarimah sudah mengajak orang tua tinggal sahaja dengan mereka tapi dia tak nak. Macam-macam alasannya. Akmal yang berada di atas katil tersenyum puas kerana rancangannya malam ni menjadi. Tetapi ada suatu perasaan yang janggal sekali dalam hati ini. Ahhh.....pedulikan la.
Sebelum bernikah lagi Akmal sudah merencanakan pelbagai idea jahat termasuk la sanggup menggunakan wang simpanannya untuk membeli sebuah rumah supaya dia dan Mia dapat berjauhan daripada mama dan papanya. Dengan itu mudah la dia hendak meneruskan niat jahatnya terhadap isterinya sendiri tanpa pengetahuan sesiapa tetapi dia lupa bahawa Allah S.W.T sentiasa memerhati ragam hambaNya di muka bumi ini. Tan Sri Musa dan Puan Sri Sarimah hanya mampu menurutkan sahaja kehendak anak tunggal mereka yang mahu pindah rumah dengan alasan mahu hidup berdikari dan inginkan privasi kononnya. Privasi nak kenakan Mia la tu. Mia pula hanya mengikut sahaja kemana suaminya pergi. Dah itukan tanggungjawab isteri sentiasa di sisi suami.
Mia ibarat orang gaji semenjak mereka suami isteri berpindah ke rumah teres tiga tingkat yang agak besar yang terletak di Bangsar. Semua benda yang Mia buat pasti ada yang tak kena di mata kasar Akmal. Tetapi Mia hanya menurut kerana Mia tidak pernah melawan cakap orang dan seorang yang berperwatakan mulia. Hal ini la yang membuatkan Akmal makin lama makin nakal membuli isterinya sendiri. Apabila di depan Puan Sri Sarimah dan Tan Sri Musa pasti Akmal akan berlakon mesra dengan Mia. Mia tak pula nak mengadu pada sapa-sapa. “ Aku tengok lantai dh berhabuk. Aku nak kau mop lantai satu rumah aku ni ”, arah Akmal dengan lentingnya padahal baru pagi tadi Mia mop lantai. Tetapi Mia tak pula membantah. Dia hanya mengiakan sahaja. Akmal pula apa lagi bukan main seronok dapat mengenakan Mia.
Dalam hati Akmal memuji hasil kerja isterinya tapi dalam hati sahaja la. Yang paling dia tak boleh lepas adalah time makan. Masakan Mia memang terbaik. Kalah mamanya. Ada apa-apa ke ni puji-puji habis. “ Abang nak tambah lagi nasi ”, Mia bertanya dengan lemah lembut. Mia hanya memerhatikan sahaja suaminya menjamu selera. “ Berapa kali aku dah cakap jangan panggil aku abang. Panggil aku Tuan. Korek sikit telinga kau tu.Pekak.” hambur Akmal tanpa belas kasihan. Ada pulak di suruhnya isteri panggil Tuan. Ini sudah kurang ajar. Tetapi bagi Mia dia hanya mengiakan sahaja setiap suruhan Akmal itu.
Sudah hampir tiga bulan Akmal dan Mia melayari bahtera rumah tangga tapi macam bukan suami isteri je. “ Cantik la bini kau macam model Mal.” Amran memuji isteri Akmal yang berlalu pergi selepas menghidangkan minuman dan sedikit makanan petang untuk mereka yang datang ke rumah pasangan suami isteri itu. “ Kau jangan nak pandang bini aku lebih-lebih bro.” Marah pulak si suami ni. Macam ada something je. “ Bukan kau tak suka ke dekat isteri kau tu. Tak dalam hati ada kebun bunga kot.” Amran mengejek sahabatnya itu. Mereka memang sahabat rapat. Dulu Akmal cakap yang dia benci dekat perempuan yang menjadi pilihan mamanya itu. “ Entah la Am, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. “ Dua hari lepas aku dengan dia ada cakap dengan satu lelaki siap panggil abang lagi. Bukan main manja lagi aku dengar. Entah-entah lelaki tu buah hati dia tak.” Akmal meluahkan apa yang terbuku kepada sahabatnya. Amran sudah manghambur ketawa mendengar rintihan sahabatnya itu. “ Tau pula kau nak cemburukan. Aku ingat kau dah tak ada perasaan. Muka saja hansome tapi bab perempuan tak pandai handle langsung.” Amran memerli Akmal sambil gelak dengan terbahak-bahak. “ Bila masa pula ak jealous dekat dia. Please la bro.” Akmal menindakan telahan Amran. “ Tak nak mengaku pulak. Lantak kau la Akmal jangan kau terlopong sudah bila bini kau kena kebas dengan jantan lain. Isteri kau cantik dan hot market kot.” Amran terus mengusik sahabatnya itu. Air muka Akmal sudah berubah. Sah la Akmal cemburukan Mia. Nampaknya ada orang yang sudah tangkap cinta tapi ego tinggi macam Gunung Everest.

“ Aku nak cakap dengan kau sikit. Hari tu aku dengar kau ada cakap telefon dengan seorang lelaki siap bermadah panggil abang lagi. Boyfriend kau ke?.” Tanya Akmal macam peluru pistol tapi dalam hati sudah cemburu la tu. “ Tu kawan Mia tuan.” Balas Mia pendek. “ Tak sangka pulak aku muka kampung macam kau pun ada orang nak. Mesti lelaki tu buta tak pun pemikiran kampung macam kau jugak.” Tuduh Akmal lalu menghamburkan ketawanya tapi dalam hati timbul penyesalan. “ Bukan tuan.” Mia menafikan tuduhan suaminya. Akmal terus meloloskan diri untuk mandi setelah penat di pejabat tadi. Mia hanya memerhati jasad suaminya dengan pandangan kosong. Air mata Mia mengalir secara tiba-tiba.
Mia terpana apabila dia dengan tidak sengaja terpandang tubuh tinggi lampai suaminya yang sasa lagi tegap. Akmal hanya memakai tuala sambil mengelap rambutnya yang basah. Sebelum ni Mia tak pernah melihat tubuh suaminya tanpa seurat benang. Tampannya dia di mata Mia. Akmal perasan dengan pandangan tajam Mia ke tubuhnya itu. “ Kau dah jatuh hati dekat aku ke sebab badan aku yang seksi ni.” Tegur Akmal dengan senyuman sinis. Mati terus lamunan Mia dengan telahan suaminya itu. Mia terus melarikan pandangan matanya apabila terperasan yang suaminya memandangnya dengan tajam. Tanpa membuang masa Mia terus melarikan diri untuk ke dapur kerana dia sudah tertangkap dengan perlakuannya sendiri. Malu rasanya. Akmal pulak hanya tersenyum melihat telatah Mia. “ Comelnya muka isteri aku bila dia blushing.” Puji Akmal tanpa sedar. “ Apa aku merepek ni. Tak ada maknanya nak comel.” Akmal tarik balik pujiannya setelah tersedar dari lamunan. Habis la kau Akmal.
Malam ni tidur Akmal tak lena dek penangan isterinya. “ Kenapa aku asyik ingatkan dia saja ni?.” Akmal berbicara dengan hatinya sendiri. “ Ya Allah cantiknya dia tadi.” Puji Akmal lalu tersenyum apabila mengingatkan peristiwa yang tak disangka tadi.
Mia tepuk kepalanya sendiri apabila dia terlupa hendak membawa masuk pakaian ke dalam bilik mandi tadi kerana malu untuk bertentang mata dengan suaminya selepas kejadian dia tertangkap melihat badab suaminya tetapi bukan berdosa pun. Dengan nekad Mia memberanikan diri untuk keluar jugak dari bilik air setelah dia yakin yang suaminya mungkin sudah ke bilik kerjanya. Lagipun dia belum menunaikan solat Isyak. Walaupun waktu Isyak masih panjang tetapi dia bukan suka melengahkan waktu solat. Tetapi dugaannya salah sama sekali apabila jasad suaminya sedang bersandar di bahu katil sambil melayari sesuatu di computer riba. Akmal yang perasan kelibat Mia yang baru keluar dari bilik air terus terlopong melihat sebatang tubuh tinggi lampai yang putih melepak macam anak cina yang hanya berkemban dengan kain tuala. Mia naik malu apabila di pandang begitu oleh suaminya. Mia terkocoh-kocoh ke almari untuk mengambil pakaiannya yang wajib di pakai iaitu baju T-shirt lengan panjang dengan kain batik. Dalam langkahnya yang laju untuk menuju ke bilik air kembali dengan tidak semenanya kain tuala yang dikenakan di badannya terlucut tapi nasibnya agak baik dai sempat memaut kembali kain tualanya dengan muka yang menahan malu. Akmal yang melihat adegan itu terus terngaga besar apabila terlihat sedikit tubuh isterinya yang terdedah. Mahu pengsan di buatnya kerana sebelum ini dia tak pernah melihat tubuh Mia sebegitu bahkan dia belum merasmikan tubuh isterinya disebabkan ego menggunung. Mia menunaikan solat dibilik sebelah kerana takut ibadahnya tidak khusyuk dek kerana terdapat bara yang membuak di dalam bilik berhawa dingin itu. Malam ni ada yang tak lena tidur.


Akmal memejamkan mata apabila peristiwa sebentar tadi bermain di mindanya. Akmal memalingkan muka untuk melihat isterinya yang lena tidur di bawah. “ Cutenya dia ni.” Hatinya berbicara apabila melihat wajah bujur sireh Mia yang kelihatan polos dan tenang sahaja mata memandang. Sejak kebelakangan ini Akmal kerap mengusha isterinya dalam diam terutama ketika tidur. Tetapi apakan daya ego sudah menguasai diri ini la jadinya. Dulu bukan main benci lagi sekarang sudah pandai curi-curi pandang isteri sendiri.
“ Ya Allah opah.” Terjerit Mia apabila mendengar berita tentang kematian opahnya yang disahkan meninggal dunia kerana sakit tua. “ Mia bersabar nak.” Jiran Mia iaitu Mak cik Timah menenangkan Mia yang sudah dianggapnya anak sendiri. Kesian Mia sudah la jadi anak yatim piatu sejak kecil lagi akibat ibu bapanya terlibat dalam kemalangan sekarang dugaan menimpa dirinya lagi setelah opah yang menjaganya dengan penuh kasih sayang meninggalkannya buat selamanya. Akmal yang terdengar jeritan Mia terus berlari anak ke dapur. Sayu hati Akmal melihat isterinya yang menangis di lantai. “ Kau ni kenapa?.” Tanya Akmal tapi dengan nada yang rendah. “ Opah Mia , Opah Mia tuan.Opah Mia dah tiada.” Balas Mia dengan linangan air mata yang luruh seperti musim luruh di Negara Jepun lalu tanpa segan silu Mia terus mendapatkan sebatang tubuh suaminya lalu di dakapnya dengan erat. Akmal yang terkejut dengan berita pemergian Opah Mia terus terpana dengan tindakan isterinya. Akmal berasa ada suatu perasaan yang sukar di tafsirkan dan timbul perasaan bahagia yang berbunga mekar. Akmal membalas pelukan isterinya yang selama ini tidak pernah di layan seperti isteri. Kesiannya Mia Maisarah. “ Jom kita balik kampung sekarang.” Akmal mengajak Mia yang masih menangis teresak-esak.
Dalam perjalanan ke Kuantan , Mia hanya menangis manakala Akmal pula menumpukan tumpuannya di jalan raya. Dalam fokusnya itu sempat juga di melihat ke arah isterinya yang dilanda hiba. Puan Sri Sarimah dan Tan SrI Musa sudah sampai ke kampung selepas mendapat berita tersebut. Akmal dan Mia lewat sedikit kerana dekat jalan tadi ada accident. Akmal dan Mia sampai ke kampung sebelum tengahari. Mereka melihat teratak opah dipenuhi penduduk kampung dan beberapa saudara mara tetapi tidak ramai. Air mata Mia luruh dengan lebat lagi apabila melihat kelibat ibu mertuanya yang berlari anak dalam tangisan untuk mendapat menantunya bagi menenangkan hati yang tengah lara. “ Mia sabar sayang , mama ada untuk anak mama tau.” Luah Puan Sri Sarimah sambil dengan erat memeluk erat menantunya itu. Mia membalas pelukan ibu mertuanya dengan lemah sekali. Fikirannya kosong ketika ini. Akmal yang menyaksikan tangisan mama da isterinya turut merasa pilu dan tidak semena-menanya air mata lelakinya luruh juga melihat wajah isterinya yang sugul. Mana ego kau Akmal. Hati Akmal berbisik.
Lemah rasa lutut Mia apabila terpandang sekujur jasad yang sudah tak bernyawa di hadapannya. Mia sudah mahu rebah di muka pintu tapi sempat di paut oleh suaminya. Mia memandang Akmal dengan pandangan kosong tetapi lain pula mamat ni. Akmal rasa seperti mahu sahaja peluk isterinya. Sayang sudah nampaknya mamat sombong ni pada isteri sendiri. Mia terus mendapatkan opahnya lalu memeluk erat dan mencium seluruh pelusuk wajah lesu opah. “ Kenapa opah tinggalkan Mia. Opah dah tak sayangkan Mia lagi ke.” Luruh lagi air mata Mia. “ Bawa mengucap Mia.” Mak cik Timah memujuk Mia lalu memeluk belakang Mia. Puan Sri Sarimah yang melihat keadaan Mia turut tidak mampu menahan dan menghamburkan air mata lalu mendakap erat tubuh Mia. “ Mia sayang opah. Siapa lagi nak sayang Mia lepas ni opah?.” Mia meluahkan perasaan. Akmal yang mendengar luahan tersebut berasa seperti di hempap batu. Ya Allah apa hambamu ni dah buat pada isteriku ini. Akmal menyesal dengan kelakuannya sendiri.
Mia duduk termenung di pangkir bawah pokok rambutan di hadapan teratak opah. Semua orang hanya membiarkan Mia melayan perasaan dan menenangkan diri. Akmal sudah nekad mahu berada di sisi Mia sekali gus meluahkan perasaannya yang selama ni sudah lama terbuku tetapi ego punya pasal dia sanggup melayan isterinya macam orang asing. Belum sempat dia ingin melangkah ke  arah  Mia , terdapat sebuah kereta sport memasuki perkarangan rumah itu. Mati niat Akmal apabila melihat sebatang tubuh tinggi lampai yang keluar dari kereta itu. Wajah jejaka itu cukup kacak untuk membuat hati wanita cair. Kaca mata hitam yang terletak di batang hidungnya yang mancung menambahkan lagi kemachoan lelaki yang tidak di kenali itu. Lelaki itu menuju ke arah Mia. Hati Akmal sudah membara dengan api cemburu melihat lelaki itu memandang wajah isterinya seperti melihat kekasih. Apa hubungan lelaki tu dengan Mia? Hati Akmal meronta ingin tahu.
“  Assalamualaikum Mia.” Lelaki itu memberi salam apabila melihat yang Mia tidak sedar kedatangannya tadi. Masih cantik kau Mia seperti dulu-dulu. “ Waalaikummussalam.....Abang Hakimi!!!!.” Mia terkejut dengan kehadiran lelaki yang bernama Hakimi. “ Abang Kimi nak ucapkan takziah pada Mia. Abang Kimi minta maaf sebab abang baru tahu berita ini dari Kamelia.” Hakimi menuturkan dengan penuh tertib. Kamelia adalah kawan baik Mia. “ Tidak mengapa. Mia tahu Abang Kimi sibuk.” Balas Mia. “ Kenapa Mia tak beritahu abang Kimi yang opah meninggal?.” Tanya Hakimi dengan nada yang agak kecewa. “ Mia minta maaf.” Ringkas Mia membalas.
Ada hati yang tengah meruap melihat drama di depan matanya. “ Berabang la bagai.” Marah hati Akmal apabila dia terdengar perbualan Mia dan lelaki yang bernama Hakimi. Akmal nekad untuk jadi benteng antara dua insan yang membuat hatinya tidak keruan. “ Assalamualaikum.” Akmal memberi salam lalu menghulurkan tangan ke arah Hakimi dengan pandangan yang berapi-api.                            “ Waalaikummussalam.” Balas Hakimi dan Mia serentak lalu Hakimi menyambut huluran tangan Akmal dengan pandangan kurang berpuas hati. Ini mesti lelaki yang merampas Mia aku. Bisik hati Hakimi sambil tersenyum palsu. “ Ini suami Mia, Abang Kimi dan ini kawan Mia.” Mia memperkenalkan Hakimi kepada Akmal serta memperkenalkan Akmal kepada Hakimi. Panas hati Akmal apabila Mia memanggil Hakimi dengan panggilan abang. Manakala Hakimi pula sakit hati apabila Mia memperkenalkan Akmal sebagai suami. Kedua-dua jejaka tampan itu bermain dengan perasaan sendiri.
Sakit hati Akmal masih bersisa setelah kehadiran Hakimi petang tadi. Tambah pula Mia memanggilnya abang lagi. Mia masuk ke bilik dengan longlai ibarat Akmal tidak wujud langsung dalam bilik tu. Dah la Mia hari tidak menjamah sedikit pun makanan. Dari tadi air mata sahaja yang menemani dirinya. Akmal yang masih benggang dengan Mia terasa tersentuh melihat keadaan Mia. Masih terngiang lagi luahan hati Mia semasa di hadapan jasad opah tadi. “ Aku sayangkan dia Ya Allah.” Bisik Akmal sendirian. Mia mengambil tempat di bawah untuk tidur yang hanya berlapikan tikar mengkuang. Akmal hanya melihat Mia dengan penuh kasih walaupun suasana bilik yang samar-samar dengan cahaya lampu dari ruang tamu. Akmal terdengar esakan Mia walaupun tidak kuat tapi cukup untuk telinga Akmal menangkap bunyi tersebut. Akmal bertambah pilu dan ikutkan hati mahu sahaja dia peluk bagi menenangkan hati isterinya. Akmal melihat tubuh tinggi lampai Mia yang berbaring dengan pandangan yang penuh makna. “ Sepatutnya aku sebagai suami kena la hiburkan hati si isteri yang tengah berduka. Apa aku nak buat ni? ” Akmal bermonolog dengan diri sendiri.


Mia teringatkan kenangannya bersama Opah. “ Kenapa opah tinggalkan Mia? Opah tau kan Mia sayangkan opah sangat-sangat.” Rintih hati Mia. Mia terasa ada tangan yang merayap di pinggangnya. Bukan main terkejut lagi apabila dia melihat yang suaminya memeluknya dari belakang. Walaupun dalam kesamaran malam tapi Mia dapat melihat pandangan suaminya yang tajam ke dalam matanya. “ Makin hansome pulak suami Mia buat muka macam ni.” Kata hati Mia. “ Mia jangan menangis ye.” Akmal memujuk Mia dengan nada suara manja. Mia terpana dengan pujukan suaminya kerana sebelum ni Akmal akan mengguna ‘aku’ atau ‘kau’ apabila bertutur dengannya. “ Apa dah kena dengan suami Mia ni? ” bisik hati Mia. Akmal memalingkan muka Mia ke arahnya. Wajah putih Mia sudah di serbu dengan kemerahan. Mia malu dengan pandangan suaminya tetapi dia beranikan diri juga mahu membalas pandangan suaminya itu. Akmal mencium dahi Mia di ikuti kedua belah pipi lembut Mia. Satu perasaan kasih timbul di hati Akmal untuk gadis di hadapannya kini. Mia pula terasa di awangan apabila mendapat ciuman hangat dari lelaki yang bergelar suami. Jantung Mia berdengup dengan kencang sekali seperti ribut taufan. Tanpa di duga Akmal dengan beraninya mendaratkan bibirnya ke bibir munggil milik Mia. Lama mereka dalam keadaan itu. Mia hanya mampu membatukan diri tanpa sebarang tolakan. Mia tertunduk malu walaupun tidak berdosa pun perlakuan mereka. “ Abang nak tidur dengan Mia boleh? ” tanya Akmal dengan nada yang romantis sekali. Hati Mia berbunga-bunga bahagia. Selama mereka menjadi suami isteri Akmal tidak pernah mengelarkan dirinya ‘ abang ’ dan memanggil Mia dengan panggilan nama. Mia hanya mengganggukkan kepala dengan soalan suaminya. “ Kenapa tak nak cakap sepatah pun dengan abang?Kenapa tak pandang muka abang?Abang dah tak hansome ke? ” tanya Akmal bertubi-tubi dan sempat lagi puji diri sebdiri. Mia menggelengkan kepala. Mia mengangkat muka memandang wajah tampan suaminya. “ Nanti badan tuan sakit pula tidur atas lantai ni.” Mia bersuara. Dengan tiba-tiba sekali lagi bibir Mia menjadi mangsa bibir Akmal. Mia terkejut bukan kepalang lagi kerana dengan tiba-tiba sahaja. “ Lepas ni jangan nak gatal mulut panggil Tuan lagi. Panggil abang tau sayang. Kalau tidak abang cium sayang lagi.” Balas Akmal dengan senyuman bahagia di bibirnya. Mia bertambah malu apabila Akmal memanggilnya ‘ sayang ’. Bermimpikah dia. Sempat lagi Akmal mencubit lembut pipi isterinya. Mia pula bertambah malu dan muka sudah kemerahan. Nasib baiklah bilik ni agak gelap. “ Abang nak minta maaf sayang sebab selama kita berkahwin abang tak pernah melayan Mia sebagai seorang isteri. Abang selalu kenakan Mia , buli Mia , sakitkan hati Mia , suruh Mia tidur dekat lantai , abang selalu kasar dengan sayang dan macam-macam lagi kesalahan abang buat dekat Mia. Abang min......” belum sempat Akmal menghabiskan tuturnya bibir Mia pula sudah melekat di bibir Akmal. Akmal pula terpana dengan tindakan isterinya. Mia pula malu sendiri dengan tindakan spontannya. “ Bukan salah abang pun. Mia tak kisah la abang. Sudah jadi tanggungjawab Mia untuk ikut cakap abang.” Balas Mia dengan penuh keikhlasan. Akmal terharu dengan ucapan isterinya. Makin bertambah kasih sayangnya terhadap Nur Mia Maisarah. Akmal terus mendakap erat tubuh Mia. Mia membalas pelukan suaminya dengan air mata bahagia. “ Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan kebahagiaan ini untuk hambamu. Hambamu memohon supaya kebahagiaan ini akan berkekalan sampai hujung nyawa. Amin.” Ucap kesyukuran Mia dalam hati. “ Abang sayang Mia sangat-sangat. Abang cintakan Mia , sayang.” Luah Akmal dengan penuh erti keikhlasan. Mia yang mendengar ucapan kasih suaminya terus mengalirkan air mata. “ Mia sayang abang banyak-banyak. Mia cintakan abang. Abang jangan tinggalkan Mia ” Balas Mia dengan kasihnya. Akmal terharu dan mengeratkan lagi pelukannya. Mereka hanyut dalam dunia mereka sendiri dengan penuh kebahagiaan yang baru sahaja dikecapi.

Keesokan paginya Akmal  sudah terpaksa berangkat pulang ke Kuala Lumpur kerana esoknya Akmal ada perjumpaan dengan klien penting dari Korea Selatan. Apa boleh buat sudah berjanji. Puan Sri Sarimah pula menyuruh Mia agar di tinggalkan di kampung kerana Mia boleh balik dengan Puan Sri Sarimah. Terpaksalah dia meninggalkan isteri yang baru di ucapkan sayang semalam. Berat rasanya hati dia mahu meninggalkan isterinya. Takut juga jika di ganggu Hakimi. “ Abang balik dulu sayang. Sayang abang jangan menangis lagi tau. Abang sayang Mia. Abang akan rindukan Mia nanti. Cepat balik rumah kita ye sayang.” Ucap Akmal dengan berat hati dan penuh kasih. “ Mia rindukan abang. Abang jaga diri tau. Hati-hati memandu. Sudah sampai nanti call Mia tau. Mia sayangkan abang.” Penuh kasih ucapan Mia kepada suaminya. Akmal memeluk erat tubuh Mia lalu mencium kedua belah pipi isterinya yang Berjaya mengetarkan jiwa lelakinya.
Sudah tiga hari Mia di kampung kerana menguruskan kenduri arwah opah bersama Puan Sri Sarimah. Rindunya rasa hati Akmal bukan main kepalang lagi. Hanya suara Mia yang jadi pengubat rasa rindunya. Hari ni di pejabat di rasakan bosan sekali.
Sampai sahaja Akmal di rumah, dia terus naik ke bilik dengan langkah yang orang macam mati bini. Selalunya Mia akan tunggu di muka pintu untuk menyambutnya. Walaupun Akmal melayan nak tak nak je isterinya tetapi Mia tetap memaniskankan muka menyambut suaminya. Pintu bilik di kuak, terasa kosong sahaja dirasakan Akmal. Tidak semena-menanya terasa ada tangan yang melingkar pinggang sasa Akmal dari arah belakang. Akmal terus memalingkan muka dengan hati yang bukan main gembira lagi. “ Sayang abang.” Jerit Akmal lalu memeluk Mia dengan eratnya. “ Assalamualaikum abang sayang. Mia rindu sangat dekat abang.” Mia memberi salam kepada suaminya. “ Waalaikummussalam sayang abang. Kenapa balik tak cakap? Sampai hati Mia.” Balas Akmal dengan suara yang merajuk. Inginkan perhatian la tu. Macam budak-budak la Akmal ni. Mia terus cubit lembut pipi kiri suaminya lalu menjongketkan sedikit kaki untuk mencium kedua belah pipi suami tercinta. Akmal pula membalas dengan mencium bibir isterinya. Denda la tu sebab balik senyap-senyap. “ Mia minta maf abang. Mia cuma nk buat surprise dekat suami Mia ni.” Balas Mia dengan senyuman manis sekali. Cantik sungguh isteriku ini. Terpujuk hati Akmal dengan kepulangan Mia ke rumah. Mia bertambah berseri-seri. Patutlah Akmal gila bayang dengan isteri dia sendiri. Ini la penangan Nur Mia Maisarah.
Usai sahaja mengerja solat Isyak berjemaah tadi, Akmal terus mendukung tubuh Mia ke arah katil yang bersaiz king itu. “ Abang nak tanya Mia boleh tak? ” soal Akmal kepada Mia yang sedang menyandarkan kepada ke dada bidang Akmal. “ Apa dia abang, tanya la.” Balas Mia sambil mengusap lembut jemari Akmal. “ Apa hubungan Mia dengan Hakimi? ” Lembut suara Akmal. Mia memandang suaminya. Pasti suaminya cemburu. “ Betul abang nak tahu ni? ” tanya Mia kembali dalam usaha mahu menguji suaminya. Air muka suaminya sudah berubah dan Akmal berharap yang Hakimi tu tiada hubungan dengan isteri kesayangannya. “ Abang Hakimi adalah senior Mia masa dekat universiti dulu. Tu je abang sayang.” Balas Mia dan berharap suaminya tidak cemburu lagi kerana dia dengan Hakimi bukan ada hubungan istimewa. “ Mia pernah masuk U? Abang tak tau pun sayang.” Akmal bertanya ingin tahu. “ Sudahnya abang tak tanya. Lagipun abang dulukan jual mahal sangat dekat Mia.” Mia membalas dengan gelak tawa nakal. Akmal terus mencuit hidung Mia. “ Mia belajar mana dulu.” Tanya Akmal. “ Seoul National University.” Balas Mia bersahaja. Terlopong Akmal apabila mendapat tahu isterinya graduan luar negara. “ Sayang belajar dekat luar negara? Mama tak pula bagi tahu yang sayang belajar dekat luar negara.” Akmal membalas.                               “ Mia minta maaf abang. Mia yang minta mama rahsiakan dari abang.” Ulas Mia sambil mengusap lembut pipi suaminya. “ Sampai hati Mia buat abang macam ni.” Balas Akmal dengan rajuk lalu bangun dari katil. Mia yang melihat reaksi suaminya terpinga-pinga. “ Mia minta ampun abang. Mia tak sengaja nak buat abang berkecil hati.” Mia merayu lalu memaut tangan suaminya. Akmal tiba-tiba mendukung Mia dan di letaknya di atas katil kembali. Didaratkan ciumkan kasih di dahi Mia. Mia memeluk erat tubuh suaminya. “ Abang....Mia nak minta izin abang? Mia nak jadi guru kalau la abang izinkan? ” tanya Mia dengan penuh harapan kerana itulah impiannya sejak dari kecil walaupun dia boleh menjadi engineer dengan ijazah yang di milikinya. “ Boleh sayang.” Balas Akmal ringkas. Akmal membalas pelukan isterinya dengan berbunga-bunga. Kebahagian pasti menjadi milik setiap hambaNya yang bersabar.
Pasangan suami isteri yang bahagia sekarang tu sedang begitu asyik masak bersama-sama. Amboi Akmal dah tolong bini masak nampak. Dulu kau bukan main dera dia lagi. “ Abang tengok masa dekat kampung hari tu Hakimi pandang sayang macam suka saja dekat isteri abang ni.” Akmal bertanya isterinya mahu mengorek rahsia la tu. “ Kalau abang nak tahu yang abang Kimi tu pernah luahkan perasaan masa kami belajar dekat Korea dulu tapi Mia Cuma anggap dia senior and as a brother only not more than that.” Terang Mia pada suaminya. “ Abang dah agak dah. Tetapi boleh tak jangan panggil dia abang.” Akmal mengarah Mia. Mia tergelak melihat telatah suaminya. Cemburu rupanya. “ Abang jangan risau, dalam hati Mia ada abang saja. Mia sayang sangt pada abang.” Mia mengambil hati suaminya. Akmal memeluk Mia dari belakang sambil memerhatikan isterinya memotong sayur sawi. “ Mia nak tau tak macam mana abang boleh jatuh cinta pada sayang? ” tanya Akmal mahu membuka pekung di dada. “ Nak abang.” Jawab Mia beria-ria. “ Abang jatuh cinta pada sayang masa masa hari kita bertunang dulu. Sayang cantik sangat macam model tu yang buat abang tertarik dan tak boleh tidur malam. Sekarangkan sayang bukan sebab rupa sayang yang cantik tapi sebab hati sayang baik. That why I mad in love with you again and again my sweetheart.” Ucap Akmal dengan penuh kasih sayang terhadap Mia lalu mencium pipi isterinya.        “ Mia jatuh cinta pada abang masa hari pertunangan kita juga. Masa tu Mia fikir betul ke ni bakal suami aku.” Mia menghabiskan ulasannya macam tu saja. Akmal terpinga-pinga. “ Kenapa Mia? Apa yang sayang fikirkan masa tu? ” tanya Akmal inginkan kepastian. “ Abang kacak tahu tak pada mata Mia. Mia terfikir la abang ni mesti banyak peminat tak pun abang ni playboy.” Usik isterinya. Akmal terus mencium pipi Mia. “ Abang sayangkan Mia je.” Jawab Akmal dengan penuh kasih. “ Mia bergurau je abang sayang,” Mia terus mencuit hidung suaminya.
Permohonan Mia untuk menjadi guru telah di luluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Mia gembira dengan berita yang di terimanya itu serta ada satu lagi berita yang lagi mengembirakannya. Dia ingin berikan kejutan untuk suaminya nanti. Malam itu selesai sahaja mereka makan malam bersama-sama , Mia terus memaut lengan suaminya yang duduk di sofa sambil menonton televisyen. Akmal menghadiahkan ciuman di pipi isterinya. “ Mia ada something nak beritahu abang.” Mia memulakan bicara. “ Apa sayang. Cakap la.” Akmal memasang telinga. “ Pemohonan Mia diluluskan abang. Bulan depan Mia dah boleh bertugas.” Beritahu Mia dengan gembiranya. “ Alhamdullilallah sayang. Tahniah Cikgu Mia Maisarah.” Ucap kesyukuran. “ Terima kasih untuk abang sebab abang banyak beri semangat dekat Mia. Then, next news is I’m pregnent. Two month now abang.” Berita yang tergempar telah dibocorkan. “ What? Are you serious sayang? ” Akmal bertanya ingin kepastian. “ Betul abang. Tak lama lagi abang dengan Mia akan jadi papa dan mama,” balas Mia bagi meyakinkan suaminya. “ Alhamdullillah Ya Allah dengan kurniaan ini.” Akmal mengucap kesyukuran lalu mencium kedua belah pipi isterinya yang tersenyum bahagia dengan berita yang di terima.
Sudah sebulan Mia menjalankan tugas sebagai seorang guru. Maka usia kandungannya juga sudah menginjak ke empat bulan. Walaupun baru empat bulan tetapi perut Mia kelihatan agak memboyot. Apabila melakukan check up bulan lepas doktor cakap baby sihat je. Mia selalu berdoa agar kandungannya sihat. Hari ini seperti biasa Akmal akan datang menjemputnya kerana hari ini suaminya itu bercuti. Selalunya Pak Mat akan datang jemput. Pak Mat sebenarnya pemandu ibu dan bapa mertuanya. Mereka tidak mahu Mia pulang sendiri kerana Akmal sibuk di pejabat. “ Assalamualaikum cikgu. Saya nak hantar buku latihan.” Sapa seorang pelajar tingkatan lima yang memang cantik kerana ibunya berketurunan Arab manakala bapanya orang Melayu. “ Waalaikummussalam Atilia. letakkan di situ. Terima kasih Lia.” balas  Mia terhadap anak muridnya itu. “ Cikgu tak balik lagi? ” tanya Atilia. “ Tengah tunggu suami cikgu ni.” Balas Mia.                                “ Assalamualaikum.” Salam di beri. “ Waalaikummussalam.” Balas Mia dan Atilia serentak. Mia menghulurkan tangan untuk menyalami suaminya dan Akmal menghulurkan tangan sambil memberi senyuman kepada Atilia. “ Abang bawakan barang Mia dulu ye. Nanti Mia ikut.” Akmal terus mengambil barang isterinya lalu keluar dari bilik guru menuju ke kereta. “ Hansomenya suami cikgu.” Puji Atilia. “ Ye ke cikgu tak perasan pula Lia. Cikgu balik dulu Lia. Jumpa esok tau.” Mia bersalam dengan anak muridnya lalu melangkah pelahan menuju ke kereta. Sejak mengandung ni dia tak boleh nak jalan laju-laju. Sudah berapa kali dia menerima pujian dari rakan sepengajarnya tentang ketampanan suaminya. Apa boleh buat sudah dapat suami hansome. Terima sahaja la Mia.
Mia telah di sahkan mengandungkan twin baby. Mia bukan main gembira lagi tetapi Akmal bimbang kerana perempuan pregnent twin ni ada banyak komplikasi. Akmal menjaga Mia dengan baik sekali. Semasa scan hari tu doktor cakap maybe Akmal dengan dapat dua baby girl. “ Abang nak bagi anak kita nama apa eh? ” tanya Mia kepada suaminya yang senang mengetip kuku Mia. Sweetnya. “ Kalau perempuan abang nak letak Nur Mia Tasneem dan Nur Mia Tasleem. Then kalau lelaki abang serahkan pada sayang.” Balas Akmal lalu tersenyum. “ Abang letakkan Nur Mia di hadapan anak kita? Pandai abang pilih nama.” Terharu Mia kerana suaminya letakkan pangkal namanya untuk anak mereka.
Akmal yang menerima panggilan mamanya memberitahu yang Mia sekarang berada di hospital kerana Mia sudah mahu bersalin. Akmal terus bergegas ke hospital untuk memberikan kekuatan kepada isterinya. Di mata Mia timbul lakaran ibu bapanya dan opah yang tersenyum kepadanya. Mia membalas senyuman mereka. Mia di bawa ke bilik bersalin dengan segera. Tidak lama selepas itu Akmal sampai dengan muka yang bimbang. “ Mia mana mama? ” Akmal bertanya kepada mamanya. “ Mia ada dalam nak.” Balas Puan Sri Sarimah. Akmal terus masuk ke bilik bersalin itu tanpa membuang waktu dan di hadapannya isterinya sedang bertarung dengan nyawanya sendiri untuk memberikan anak mereka peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Akmal terus mengenggam erat tangan isterinya. “ Abang ada sini Mia.” Ucap Akmal di telinga isterinya. Mia dapat rasakan kekuatan dari pautan tangan suaminya. “ Puan Maisarah sikit lagi. Teruskan push then take a breath.” Doktor perempuan dalam lingkungan 40-an memberikan panduan. Akmal mengucapkan kesyukuran apabila isterinya selamat melahirkan anak pertama mereka. Akmal melihat anaknya dengan linangan air mata kegembiraan. “ Tahniah Encik anak perempuan,” Doktor itu memberitahu. “ Anak kita cantik macam sayang. Sayang kuat tau. Ada seorang lagi sayang.” Akmal memberikan semangat kepada isterinya. Namun begitu, Mia sudah kelihatan lemah dan tidak bermaya. Doktor yang menjadi bidan Mia sudah bimbang. “ Puan harus kuat kalau tidak....” Doktor itu tidak meneruskan cakapnya apabila melihat muka Akmal sudah berubah. “ Kalau tidak apa doktor.” Tanya Akmal dengan cemas.               “ Maybe baby boleh meninggal dalan rahim and can effect to you wife as well.” Jawab doktor tersebut dengan berhati-hati. Pucat muka Akmal mendengar jawapan doktor itu. “ Sayang kena kuat. Demi anak kita dan abang. Mia sayangkan abangkan? Mia kuat tau. Abang ada sini teman Mia.” Akmal membisikkan di telinga isterinya dengan air mata yang sudah luruh dengan lebatnya. Air mata Mia turut berlinang. Dia mesti kuat untuk anak dan suaminya. Wajah  arwah  Ibubapa dan opahnya bermain di matanya. Mia terasa kekuatan mereka meresap ke dalam dirinya. Terasa harapan suaminya turut menjadi penguat kepada dirinya. Mia meneruskan perjuangannya untuk memberi nafas baru kepada cahaya matanya. Doktor menarik nafas lega apabila cahaya mata Akmal dan Mia yang kedua selamat dilahirkan. Mia kelihatan penat dan lemah sekali tetapi syukur ke hadrat ilahi Mia stabil. Mia terlalu penat sehingga terlelap tanpa sempat melihat buah hatinya yang baru dilahirkan. Akmal melaungkan azan ke telinga kedua-dua anak perempuannya. Puan Sri Sarimah dan Tan Sri Musa tersenyum melihat wajah anak mereka yang bahagia bersama cucu-cucu mereka.
Mia membuka matanya perlahan-lahan. Mia melihat wajah suaminya yang tersenyum padanya.          “ Kacaknya suami Mia ni.” Sempat lagi Mia memuji dalam hati. Itu la tanda kasih sayang seorang isteri kepada suaminya. Mia membalas senyuman suaminya. “ Mana anak kita bang.” Lemah suara Mia bertanya. Akmal mencium pipi isterinya lalu bangun berlalu pergi. Mia keliru dengan kelakuan suaminya dan dalam hatinya timbul perasaan panik. Tiba-tiba Akmal datang ke arah Mia dengan memangku dua anak kecil. Mia mengalirkan air mata kegembiraan. Akmal meletakkan cahaya matanya di sebelah kanan dan kiri Mia. Mia mencium kedua-dua buah hatinya dengan penuh kasih sayang. Mia menghulurkan tangan ke arah suaminya lalu mencium tangan suaminya dengan penuh kebahagiaan. Akmal terus mendaratkan bibirnya ke dahi lesu isterinya. Puan Sri Sarimah dan Tan Sri Musa yang melihat perlakuan anak menantu mereka berasa bahagia dan gembira dengan perubahan anak teruna mereka yang sudah banyak berubah sejak menikahi Nur Mia Maisarah.
“ Anak papa dah makan? ”Akmal bertanya kepada puteri-puterinya yang sedang berada di sisi isterinya. “ Nur Mia Tasneem dan Nur Mia Tasleem sudah minum susu papa.” Mia bergurau dengan suaminya. Mia baru sahaja melewati waktu berpantang. Akmal terus mengambil tempat di sebelah Mia lalu mencium pipi isterikan seperti biasa dengan manjanya. “ Mia sudah makan sayang.” Tanya Akmal dengan penuh kasih seorang suami. “ Sudah abang tadi. Papa dah makan? ” jawab Mia. Sejak jadi mama orang ni Mia sudah pandai bergurau. Siap panggil suaminya papa lagi. “ Belum lagi mama. Papa nak mama suapkan boleh sayang? ” tanya Akmal dengan manjanya macam anak kecil. “ Mestilah boleh. Hari ini mama masak ketam masak lemak tau. Nanti mama suap papa. Papa kena makan banyak-banyak.” Balas Mia dengan manja juga lalu mencubit pipi suaminya. Akmal tersenyum dengan kenakalan isterinya. “ Nanti badan abang naik macam mana sayang? ” tanya Akmal kepada isterinya. “ Lagi bagus. Nanti tiada siapa nak dekat suami Mia yang hansome ni. Biar Mia sudah la jadi suri hati abang.” Balas Mia dengan selamba. “ Abang sayang Mia sampai hujung hayat abang.” Luah Akmal dengan keikhlasan. Mia terharu dengan pengucapan suaminya. Mia memeluk erat suaminya. “ Mia juga sayangkan abang sampai hujung nyawa Mia. Mia hanya ada abang dengan anak-anak kita dalam dunia ni. Mia cintakan abang.” Mia pula meluahkan perasaan kepada suaminya. Akmal terharu dengan luahan isterinya yang begitu ikhlas kedengaran di gegendang telinganya. Satu ciuman dari Akmal melekap di bibir munggil Mia. “ Abang janji akan jaga Mia dan anak-anak kita macam nyawa abang. You must remember this sayang. Abang cintakan Mia sangat-sangat.” Akmal meluahkan lagi perasaannya untuk isterinya yang amat dicintai. Kebahagiaan yang selama ini diimpikan Mia sudah berada di depan mata. Semoga cinta mereka akan berkekalan.




Saya karang cerpen nie masa cuti raya...........harap terhibur la walaupun saya baru belajar mengarang..

Wednesday, 22 August 2012

Isteriku Perempuan Kampung ?


1



        Bayu petang menyapa lembut dan sepoi-sepoi bahasa kepada pemilik sepasang wajah yang tampak cukup menarik.Sepasang mata yang bulat terletak pada wajahnya yang bujur sirih.Bibirnya yang mungil serta kulitnya yang putih bersih tanpa sebarang calitan  solekan.Matanya begitu tertarik menikmati ciptaan Allah s.w.t di tepian pantai Kampung Batang Air.Tersenyum dia sendirian apabila melihat anak-anak kecil berlari-lari apabila ombak memukul pantai.Sungguh indah ciptaanNYA untuk hambaNYA di muka bumi yang aman permai ini.Banyak aktiviti yang dijalankan di pantai ini.Ada yang brsiar-siar bersama  keluarga tersayang dan tidak kurang segelintir penduduk kampung yang memancing ikan di tepi pantai.Dia begitu asyik melihat ragam manusia yang tersaji  dihadapan matanya.

“Balqis,dah nak maghrib ni apa kamu buat kat tepi pantai lagi tu”Terkesima lamunan Nur Balqis Aisyah apabila terdengar pekikan maknya Mak Kiah dari tepi tingkap teratak yang berada menghadap pantai tempat Balqis selalu kunjungi sejak dari kecil hingga la umurnya mencecah 24 tahun.

Tanpa membuang masa sepasang kaki milik Balqis melangkah meninggal kawasan pantai.Takut juga jika di marahi emaknya yang sering naik angin jika anak daranya balik ketika waktu maghrib.Namun begitu emaknya seorang yang baik hati dan penyayang terhadap anak-anaknya walaupun Mak Kiah kadang-kadang akan juga berkelakuan tegas apabila anak-anaknya degil.Tetapi itu semua dahulu sekarang anak-anak sudah dewasa.Abah atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Lang pula seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap.Tetapi abah seorang yang baik hati dan sentiasa mengambil berat hal-hal yang berkaitan keluarganya.Pak lang dan Mak Kiah dikurniakan lima orang cahaya mata.Dua orang lelaki dan tiga orang perempuan.Balqis adalah anak keempat.

Usai menunaikan solat maghrib , Balqis turun ke dapur untuk membantu emaknya menyediakan makan malam.Pak lang belum lagi pulang dari masjid.Sedang Balqis membancuh air milo ais Mak Kiah bersuara..”Anak dara mak ni bila nak kawin , kamu dah ada calon ke belum Balqis?”,Tanya emak dengan penuh minat...”Entah la mak”,jawab Balqis ringkas.”Bukan apa kamu tu dah sesuai untuk jadi isteri orang..lagi pun tak elok anak dara kawin lewat nanti tak laku”,usik Mak Kiah.Terhambur tawa Balqis dengan kenyataan emaknya...”Saya muda lagi la mak....lagi pun anak dara mak sorang ni kan cantik macam model  gitu”,usik Balqis pulak sambil terus tertawa sehingga mengalir air mata.

“Assalamualaikum”...kedengaran suara orang memberi salam sambil pintu terkuak...”Itu pasti abah kamu dah balik”, bagi tau Mak Kiah kepada Balqis sambil menanggukkan kepala tanda mengiakan dengan tekaan emaknya.”Apa yang dibualkan tu dua beranak ni sampai dengar kat depan sana”,tnya abah dengan muka yang tenang.Itu la karakter abah yang tak pernah berubah.”Tak ada apa nya abang cuma bergurau dengan Balqis ni bila nak berumah tangga”....Abah senyap sahaja buat seketika..”Betul kata mak kamu tu Balqis”,Abah bersuara.Balqis hanya mendiamkan diri.Maka isu itu pun lenyap macam tu sahaja semasa mereka menjamu selera.

Malam itu Balqis tidur awal kerana pada esok pagi dia harus memandu pulang ke Kuala Lumpur.Sebelum tidur dia sempat memikirkan tentang soalan yang emaknya hamburkan kepadanya sebentar tadi soal berumah tangga.Dia hanya berserah bab jodoh kepada Allah s.w.t.Abang long,Abang ngah dan kak lang nya sudah berumah tangga.Cuma tinggal dia dan adik perempuannya yang masih menuntut di Universiti Malaya.Bila di fikirkan ramai sahabat sebayanya sudah berumah tangga malah ada yang sudah beranak-pinak.Ada jugak riak cemburu tapi dia serahkan soal jodoh kepada Pencipta umat.Lagipun dia masih muda trang tang tang.

“Balqis gerak dulu mak abah”,cakap dia sambil menyuakan tangan untuk bersalam dengan ibu bapanya.”Hati-hati bawak kereta tu sayang”,pesan emak kepada anak daranya.Angguk Balqis sebagai tanda mengiakan pesan emak dan abahnya yang semestinya risau bila anak perempuan mereka memandu kereta sendirian dari Pahang ke Kuala Lumpur.

Dalam perjalanan , Balqis hanya mendengar radio bagi menghilangkan rasa bosannya.Lusanya dia harus ke sekolah kembali setelah sekolah bercuti selama seminggu.Dia menjadi guru English di sebuah sekolah di ibu kota. Dia tinggal bersama dua orang sahabat yang turut mengajar di sekolah yang sama.

Sampai sahaja Balqis di rumah sewanya dia terus bergegas ke bilik untuk menunaikan solat zohor.Usai solat baru dia perasan yang rakan-rakan serumahnya tiada di rumah.Mungkin keluar agaknya.Balqis mengambil kesempatan itu untuk lelapkan mata sebentar setelah penat memandu dari kampungnya hingga ke KL yang mengambil masa lebih kurang empat jam.Baru sahaja melabuhkan kepalanya ke bantal empuk yang tersedia Balqis terus tertidur sambil menganyam mimpi.

“Hei bangun Balqis...Apa tido time asar nie haa.??”,kejut Maisarah iaitu rakan serumahnya dengan suara yang agak lantang untuk sedarkan Balqis.Maisarah sudah lali dengan tabiat Balqis yang suka tidur mati.Kalau bom meletup tepi rumah pon dia tak sedar.Balqis bangun dan terus berlari pantas menuju ke bilik air kerana dia belum menunaikan solat asar lagi.Terletus tawa Maisarah melihat telatah sahabatnya yang begitu cantik dan tinggi lampai seperti model tetapi berperangai macam budak-budak sekolah tadika.

“Terima kasih Sarah kerana kau kejutkan aku tadi”, ucap Balqis sambil tersenyum manis.”Sama-sama sayang ooo”,balas Maisarah sampai tertawa dengan sikap Balqis.Sofea iaitu salah seorang rakan serumah Balqis dan Maisarah turut ketawa melihat ragam rakan-rakannya.

“Apa korang masak tu???”,Tanya Balqis dengan penuh minat.Lapar agaknya.”Masak lemak ketam je”,balas Sofea ringkas.”Bilanya kau sampai dari kampung???”,Tanya Maisarah pula setelah berdiam seketika.”Time masuk zohor tadi”,jawab Balqis.

Setelah selesai memasak makan malam , mereka bersembang sebentar sementara menunggu azan maghrib berkumandang.Namun begitu fikiran Balqis masih terngiang-ngiang dengan pertanyaan emaknya semasa bercuti di kampong.Apa yang patut aku buat ni.Balqis bermonolog sendiri.










2



Akif akmal membelah kepekatan malam Kuala Lumpur dengan memandu Honda CRV dengan kelajuan yang agak mengerunkan pengguna jalan raya yang lain.Apa tidaknya pertanyaan atau lebih tepat paksaan yang di hamburkan oleh mamanya berkaitan perkahwinan dengan anak kawan lama mamanya di kampung.Bukan taste dia la nak berbinikan orang kampung yang dianggapnya kolot dan jijik untuk menjadi tatapan matanya.Akif sememangnya memiliki paras rupa yang tampan bak pelakon Korea iaitu Lee Min Hoo.Dengan susuk tubuh yang sasa dan tinggi umpama model.Setiap kali berjalan di tempat awam pastinya dia akan menjadi tumpuan wanita-wanita.Namun begitu dia terlalu sombong dan angkuh dengan kurniaan Allah s.w.t itu.Bila dia mahu berubah pun tak tau.

Dia terlalu bingung dengan pertanyaan mamanya perihal rumah tangga.Dia tidak suka menjadi suami kepada perempuan kampung yang tidak tahu latar belakangnya.”Entah lulus SPM ke tak nak jadi bini aku”fikir Akif sambil menumbuk stering keretanya.

Dengan hati yang tidak keruan Akif memecut laju menuju pulang ke Vila Kasih yang terletak di Bangsar kerana bimbang Tan Sri Syakir dan Puan Sri Aminah iaitu papa dan mamanya akan risau jika dia pulang lewat dan pelbagai soalan cepu mas akan dilontarkan oleh mamanya.Papanya lebih gemar mendiamkan diri serta menganggukkan kepala apabila Akif di leteri mamanya.

Akif bernasib baik apabila dia sampai di rumah , kedua orang tuanya sudah nyenyak tidur di buai mimpi.Dia terus menghempaskan badan ke atas katil bersaiz king.Terlalu penat dengan tugasan kerja yang semakin banyak di pejabat dan yang terbaru fikirannya serabut memikirkan usul mamanya yang menyuruh dia menikahi anak kepada sahabat lamanya atau lebih tepat perempuan kampung.Runsing kepalanya memikirkan hal ini.Dia terlelap dengan lenanya dengan otak yang penuh dengan masalah yang terbaru.

       Shahrul dan Luqman yang tengah rancak membincangkan tentang projek di Putrajaya terkesima melihat kelibat sahabat mereka yang berlalu tanpa memandang ke arah mereka dengan muka yang kurang bertenaga.Sudah la masuk pejabat lewat.” Apa kena dengan Akif tu ha?” tanya Luqman kepada Shahrul yang jugak tidak tahu menahu apa-apa sambil mengelengkan kepala.

“ Apa kena dengan hang ni bro?”tanya Luqman dalam loghat Kedah.Sememangnya Luqman berasal dari Sungai Petani.” Aku tengok kau macam tak ada mood je pagi ni “tambah Shahrul pula dalam usaha untuk meredakan kekusutan yang di alami sahabat mereka.” Aku ada masalah sikit.Mama aku suruh aku kawin dengan anak kawan lamanya.Dah la anak orang kampung.Aku tak nak la wei “luah Akif dengan perasaan yang perit.” Kau relaks la.Mana la tau pilihan mama kau tu sesuai dengan kau”Shahrul menenangkan hati Akif.” Tak ada maknanya sesuai.Perempuan tu budak kampung tau tak.Mana sesuai dengan aku anak Tan Sri Syakir dan Puan Sri Aminah.Papa aku tu pemilik syarikat kejuruteraan ni.Mana standard aku nak berbinikan perempuan kampung yang tak tau asal usulnya.Geli dan jijik aku tau tak. “Akif dengan angkuhnya menghina orang kampung.

Shahrul dan Luqman hanya mampu mengelengkan kepala dengan telahan sahabat mereka dengan harta dunia ni.Macam la boleh bawa masuk kubur nanti bila ajal menjemput.Malas mereka mahu memanjangkan percakapan melawan Akif Akmal Tan Sri Syakir.

     Sesi persekolahan bermula hari ini setelah seminggu murid-murid sekolah bercuti pertengahan tahun selama seminggu.Maka hari ini juga bermula la tugasan Cikgu Balqis , Cikgu Maisarah dan Cikgu Sofea.Balqis menjadi guru bahasa Inggris.Maisarah pula mengajar Matematik dan sahabat mereka seorang lagi mendidik Bahasa Melayu.Sudah menjadi rutin mereka akan pergi ke sekolah bersama-sama.Kalau salah seorang daripada mereka yang pulang lewat maka semua pun turut pulang lewat.Ini la dinamakan sahabat sejati katakan.

Semasa perhimpunan mingguan dijalankan pelbagai pesanan yang disampaikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato ‘ Burhanuddin kepada para pelajar berkaitan disiplin mahupun kebersihan persekitaran sekolah.

Usai sahaja perhimpunan yang mengambil masa selama satu jam itu , semua guru sudah bersiap sedia untuk memulakan tugasan kembali setelah seminggu berehat.Balqis melangkah pelahan menuju ke kelas 5 Sains 2.” Assalamualaikum “ Balqis member salam sebaik sahaja kaki kanannya mececah muka pintu kelas itu.”Stand.....Assalamualaikum cikgu “ ketua kelas 5 Sains 2 , Amran memberi salam lalu diikuti oleh pelajar lain.” Waalaikummusalam semua..your all can sit now.Please pass up homework that I ask you guys do infront then open text book page 136 “ Balqis memulakan bicaranya dengan tegas tapi masih sopan gitu.

Begitu penat hari ini Balqis menjalankan tugas setelah bercuti sakan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi lagu Hyuna. “ Nombor phone sapa nie? ”bisik Balqis sendirian. “ Assalamualaikum , boleh saya tahu siapa di sana? ”tanya Balqis dengan lemah lembut.


                                                                                                                      bersambung..............