adfly

Monday, 17 November 2014

APAKAH INI ????? INI LAH TEPEK NYO !!!!!



APAKAH INI ????

Dikebanyakkan tempat makanan ini dikenali sebagai lempeng kelapa tetapi di kampungku Batu Kurau makanan ini dipanggil Tepek Nyo. Nak tau apa maksud tepek nyo ini??? Tepek Nyo dipanggil dengan nama ini kerana teknik memasaknya yang sekadar menempek di kuali dan nyo adalah panggilan orang utara untuk buah kelapa. Itulah datangnya nama makanan ini.

Mungkin kanak-kanak zaman sekarang sudah tidak mengenali makanan ini barangkali tetapi aku sempat menikmati kegemilangan tepek nyo kerana ini adalah makanan kegemaran aku semasa kecil dan sekarang. Masa kecil mak ngah yang selalu buatkan masa aku tinggal di rumahnya semasa mak ayah pergi kerja. Macam-macam aku cicah nak makan tepek nyo. Aku cicah dengan gula, susu, sos takpun sambal ikan bilis. tambah plak kalau dapat kopi panas memang mengancam la jawabnya. Dahlah mengenyangkan plak tu. 

Yang paling penting nk buat makanan ni pown senang. Hanya perlukan tepung gandum, nyo yang di mesin, air dan garam. Kan senang kan. Gaulkan semua bahan nie lepas tu masak atas kuali. Biarkan garing sikit dah boleh dihidangkan. Ini la makanan aku membesar dan aku bangga menjadi anak jati Batu Kurau.

BATU KURAU KAMPUNGKU TANAH TUMPAH DARAHKU




TERBENTUKNYA BATU KURAU DAN SEJARAHNYA :
Batu Kurau merupakan salah sebuah mukim di daerah Larut Matang yang terletak kira-kira 20 Km dari Bandar Taiping. Batu kurau boleh dilawati dengan melalui Jalan Besar dari Kamunting ke Batu Kurau atau dari Selama melalui Jalan Redang Panjang atau Jalan Pondok Tanjung ke Batu Kurau.
Dari sudut sejarah, Batu Kurau telah dibuka sejak tahun 1850-an lagi, apabila pemimpin Batu Kurau yang pertama iaitu Tok Amar Wan Kasa Bin Raja Hulubalang Petani telah dilantik menjadi Penghulu pada tahun 1859-1867. Dalam hal ini didapati sejarah kewujudan mukim Batu Kurau adalah sezaman dengan sejarah pembukaan dan kemajuan bandar Taiping pada tahun 1850-1857 semasa Long Jaafar menjadi pembesar di jajahan Larut (Taiping).
Menurut orang tua-tua, asal-usul nama Batu Kurau diambil sempena daripada seketul batu besar yang menyerupai ikan kurau terletak di tebing Sungai Kurau (berhampiran jambatan jalan raya Kampung Batu 14). Sungai ini berpunca daripada beberapa batang anak sungai dari Kampung Sempeneh, Anak Kurau, Changkat Lobak hingga ke Kampung Pondok Tanjung, seterusnya mengalir ke Bukit Merah dan masuk muara di Kuala Kurau, daerah Kerian.
Penduduk di Batu Kurau kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu keturunan Petani yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan Thai. Sememangnya orang Petani suka memilih tempat yang strategik untuk membuka kampung sesuai dengan cara hidup mereka yang bercucuk tanam dan menternak haiwan. Mereka suka tinggal di kawasan kaki bukit yang mempunyai lata sungai yang jernih airnya serta kawasan tanah pamah yang berpaya untuk menanam padi. Kawasan kaki bukit memang sesuai untuk tanaman pokok buah-buahan seperti durian, langsat, manggis, cempedak dan sebagainya; sementara lata yang mengalir ke sungai-sungai dapat membekalkan air ke sawah padi. Justeru, kehidupan orang Petani yang begitu simbiosis dengan faktor alam semula jadi ini telah menjadi satu nostalgia sebagaimana dengan serangkap lagu lama orang Petani seperti di bawah :
Ayun pak pek pak pong, Gulai asam pedas, Pakai baju tampung, Lenggang bagai duras, Duras buaya kampung, Hilir-hilir mudik, Mana kampung kita, Balik sana bukit!
Justeru, walau di mana jua di negara ini, jika kita melihat pemandangan topografi seperti ini sudah pasti penduduknya adalah terdiri daripada orang-orang Petani. Sebagai contoh di negeri Perak orang Petani juga tinggal di Ijok, Selama, Bukit Gantang, Air kuning, Lenggong, Gerik dan Pengkalan Hulu; sementara di Kedah pula seperti di Baling dan juga Sik.
Nama-nama tokoh besar yang lahir dari Batu Kurau ialah seperti Allahyarham Dato’ Seri Hj. Kamaruddin B. Mat Isa mantan Menteri Besar Perak yang kelima (1970-1974) yang berasal dari Kampung Batu 16. Selain itu, Allahyarham Tuan Hj. Muhammad Saman B. Muhammad yang lebih dikenali sebagai Hj. Mat Saman Kati (1922-1995) berasal dari Kampung Relau Berdiri, Batu 16; merupakan seorang ulama terkenal dan pernah dilantik sebagai Mufti negeri Perak dari tahun 1978-1986. Selain itu, antara orang terkenal ialah Ustaz Kazim Elias al-hafiz yang lebih dikenali dengan gelaran UKE dan ustaz youtube.


Nama-nama Penghulu mukim Batu Kurau dari zaman dahulu hingga sekarang adalah seperti berikut :
  1. Tok Amar Wan Kasa B. Raja Hulubalang Petani (1859-1867)
  2. Wan Musa B. Tok Amar Wan Kasa (1868-1881)
  3. Tok Semanggik B. Wan Musa (1882-1887)
  4. Wan Teh Safiah Bt.Wan Ismail (1888-1889)* Satu-satunya Penghulu kaum wanita
  5. Mohd. Ali B. Tok Amar Wan Kasa (1890-1895)
  6. Hj. Mohd. Noh B. Laksamana Mohd. Amin (1896-1897)
  7. Hj. Mohd. Saman B. Hj. Mohd. Amin (1898-1901)
  8. Raja Chik Abd. Hamid B. Raja Hj.Yahaya;Tok Muda Imam Paduka Tuan (1902-1904)
  9. Raja Hj.Yahaya B. Raja Syed Mohd. Ali (1905-1907)
  10. Raja Shahbuddin B. Raja Dagang; Tok Seri Rakna (1908-1910)
  11. Hj. Abdullah Ali B. Retam; Tok Perdana (1911-1913)
  12. Mohd. Sulaiman B. Salleh (1914-1919)
  13. Mohd. Sajak B. Pandak; Tok Rakna Sakti (1920-1930)
  14. Pandak Abd. Karim B. Doya; Tok Rakna Bongsu (1931-1936)
  15. Mat Piah B. Abdullah (1937-1946)
  16. Hj. Wan Abd. Manan B. Hj. Wan Abu Bakar (1947-1953)
  17. Raja Sulaiman B. Raja Abdullah (1954-1960)
  18. Meor Mohd. Yusoff B. Hj. Meor Hamzah (1961-1962)
  19. Raja Ismail B. Raja Ahmad Tajuddin (1963-1969)
  20. Megat Amir B. Megat Yahia (1969-1971)
  21. Wan Abdullah B. Wan Im (1972-1974)
  22. Abd. Aziz B. Hj. Rafie (1975-1979)
  23. Zolkapli B. Adnan (1980-1987)
  24. Hj.Tun Yaacob B. Hj.Tun Abd. Raffar (1988-1993)
  25. Zolkapli B. Adnan (1994-2006)
  26. Zulkhalil B. Hj. Ahmad Razali (2007)


ANTARA KAMPUNG-KAMPUNG YANG TERDAPAT DALAM BATU KURAU :

  1. Kampung Batu 14(KAMPUNGKU)
  2. Kampung Batu 15
  3. Kampung Batu 16
  4. Kampung Batu 20
  5. Kampung Pantai Besar Ulu
  6. Kampung Sungai Ara
  7. Kampung Gudang
  8. Kampung Relang
  9. Kampung Jelai
 10. Kampung Air Hitam
 11. Kampung Pondok Quin
 12. Kampung Bukit Bertam
 13. Kampung Changkat Perah
 14. Kampung Titi Kasai
 15. Kampung Jabi
 16. Kampung Repoh
 17. Kampung Sempeneh Cempaka
 18. Kampung Anak Kurau
 19. Kampung Perak
 20. Kampung Ulu Sepetang
 21. Kampung Pondok Tanjung
 22. Kampung Changkat Lobak
 23. Kampung Padang Lalang
 24. Kampung Sungai Akar
 25. Kampung Cherok Pelanduk
 26. Kampung Changkat Mesjid
 27. Kampung Changkat Madrasah
 28. Kampung Becah
 29. Kampung Simpang Empat
 30. Kampung Simpang Empat Tengah
 31. Kampung Anak Kurau Seberang
 32. Kampung Sempeneh Seberang
 33. Kampung Perak
 34. Kampung Titi Kasai Tengah
 35. Kampung Lilin
 36. Kampung Cherok Kelian
 37. Kampung Batu 14 1/2
 38. Kampung Batu 15 1/2
 39. Kampung Changkat Semambu
 40. Kampung Pantai Besar Ijok
 41. Kampung Pantai Besar Batu Kurau
 42. Kampung Bawah Gunung
 43. Kampung Changkat Larah
BANYAK MASJIDNYA DI BATU KURAU :
  1. Masjid Al-a'laKampung Titi Kasai 34500 Batu Kurau
  2. Masjid Al-kahfiKampung Jelai 34520 Batu Kurau
  3. Masjid Al-kurawiKampung Batu 15 34500 Batu Kurau, Taiping
  4. Masjid Ar-Ridzuaniah, Kampung Perak 34500 Batu Kurau
  5. Masjid As-samaniahKampung Pantai Besar 34520 Batu Kurau
  6. Masjid Batu 20Kampung Batu 20 34200 Batu Kurau, Taiping
  7. Masjid Darul FalahKampung Sungai Ara 34520 Batu Kurau
  8. Masjid Islahiah Ulu Sepetang, Batu Kurau 34010 Taiping
  9. Masjid Jamek Kampung Anak Kurau 34500 Batu Kurau, Taiping
  10. Masjid KamaliahKampung Air Hitam 34520 Batu Kurau, TaipIng
  11. Masjid Kampung Bukit BertamKampung Bukit Bertam 34500 Batu Kurau
  12. Masjid Kampung Changkat PerahKampung Changkat Perah 34500 Batu Kurau
  13. Masjid Kampung Sempeneh CempakaKampung Sempeneh Cempaka, 34500 Batu Kurau
  14. Masjid Kampung GudangKampung Gudang, Batu Kurau
  15. Masjid Kampung RelangKampung RelangJelai 34520 Batu Kurau
  16. Masjid Kampung RepohKampung Repoh 34500 Batu Kurau
  17. Masjid Tajul QamaiKampung Sempeneh Seberang 34500 Batu Kurau
  18. Masjid Sungai Jernih, Kampung Sungai Jernih, Ijok 34510 Batu Kurau
  19. Masjid Al-Ehsaniah, Bagan Baru Ijok 34510 Batu Kurau
  20. Masjid Al-Syukriah Felda Ijok 34120 Selama
  21. Masjid Ar-Rahman, Redang Panjang Ijok 34510 Batu Kurau
  22. Masjid Toh PadukaKampung MasjidIjok 34510 Batu Kurau
  23. Masjid Tuan Haji Yunus Sungai SegarIjok 34510 Batu Kurau
  24. Masjid Batu 14, Batu Kurau
Batu Kurau terkenal dengan buah durian yang juga dikenali " King of The Fruit " atau raja buah-buahan. Kebanyakan penduduk di kawasan Batu Kurau masing-masing memiliki dusun buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai jenis buah-buahan tempatan terutama buah durian. Buah durian menjadi sumber pendapatan sampingan bagi penduduk di sini apabila tiba musimnya. Apabila musim durian menjelma kawasan Batu Kurau penuh dengan buah ini dan ini akan menambahkan pendapatan penduduk di sini yang rata-ratanya bekerja kampung.