“ Mama tak kira kamu kena kawin jugak dengan anak kawan mama
ngan papa tu ”, tegas suara Puan Sri Sarimah. “ Saya tak mahu la mama.Mama tak
boleh la nk paksa saya macam ni. Saya nak cari gadis pilihan hati saya bukannya
perempuan kampung yang takda mak bapak tu.Please la mama.Papa tolong la Akmal
”, bantah Akmal sambil buat muka sekupang depan Tan Sri Musa memohon simpati. “
Jaga sikit mulut kamu tu. Jangan nak jadi kurang ajar menghina anak yatim piatu
macam tu ”, jerkah Puan Sri Sarimah sampai naik meremang bulu roma Akmal. “
Papa ngan mama sudah membuat keputusan hendak mengahwini kamu dengan Mia.
Titik. ”, tegas suara Tan Sri Musa setelah berdiam diri sebentar tadi.
Akmal mengambil keputusan untuk meninggalkan ibu bapanya
tanpa sebarang kata putus. Dia dengan hangat hatinya meninggalkan perkarangan
villa Sentosa yang terletak di Bukit Antarabangsa dengan hati yang panas
membara. “ Oooooo.....Mia nama kau perempuan kampung. Siap la kau. Jangan harap
aku nak terima kau jadi bini aku sampai mati. Kau hanya layak jadi orang gaji
kat rumah aku bukannya bini aku ”, bebel hati Akmal dan dalam diam menyimpan
dendam untuk perempuan yang bakal menjadi isterinya. Entah jadi ke tidak.
Hati Mia menjadi tidak keruan apabila memikirkan pinangan
daripada rombongan dari Kuala Lumpur seminggu lepas. Opah cakap rombongan yang
berkunjung itu merupakan sahabat ibunya semasa kecil. Opah cakap lagi yang Mia
harus menerima pinangan kali ini kerana ini adalah amanah arwah ibu untuk
menperjodohkan dirinya dengan anak kepada orang kaya KL tu. “ Kalau dah ini
amanah ibu, Mia mesti tunaikan ”, Mia bermonolog sendiri.
“ Akmal terima untuk ambil perempuan tu jadi bini Mal ”,
Akmal nekadkan diri. Akmal ke ni. Sanggup pula dia nak beristerikan Mia.
Rupanya ada udang disebalik batu. Niatnya adalah hendak mengenakan Mia nanti
sampai Mia menyesal kerana sebab Mia la Akmal kena kawin paksa. Kolot juga
pemikiran mamat ni. “ Dia ada nama la Mal. Nur Mia Maisarah Binti Saari. Ingat
tu jangan nak sesuka hati panggil orang ‘ perempuan tu ’, ” tegur Puan Sri
Sarimah dengan panggilan anak terunanya terhadap bakal menantunya itu, Mia. “
Apa-apa je la mama. Akmal tak kisah pun and I don’t mind about his name ”, luah
Akmal dengan bongkahnya. Nanti dia tau la nasib dia. Puan Sri Sarimah hanya
mampu menggelengkan kepala sambil matanya tajam melihat anak tunggalnya
meninggalkannya di ruang rehat itu. Tetapi Puan Sri Sarimah lega dan
mengucapkan kesyukuran dengan berita itu. Dia sudah berkira-kira mahu melakukan
persiapan perkahwinan sekarang juga. Sungguh teruja nampaknya Puan Sri ni.
“ Mak cik Sarimah telefon tadi cakap yang hujung minggu ni
dia akan datang ke sini untuk mengikat tali pertunangan ”, opah menyusun ayat
agar Mia tidak tersinggung. “ Mia tak kisah opah. Inikan amanah ibu. Mia
turutkan je ”, balas Mia bersahaja. Opah melihat air muka cucunya yang agak
keruh. Opah tau cucunya itu anak dan cucu yang baik. “ Opah doakan cu bahagia
la nanti dan kecapi la kebahagiaan yang cucu tak pernah rasai sebelum ni ”,
opahnya berdoa dalam hati sehingga mengalir air mata di pipi tuanya itu. “
Kenapa opah menangis ni? Mia ada buat salah ke opah? Mia mintak ampun opah ”,
Mia mula cemas dengan linangan air mata opahnya sambil mengelap lembut air mata
itu. “ Tak ada apa la cu. Mata opah ni masuk habuk la. Cuba Mia tiupkan kejap
”, opah cuba menenangkan hati cucunya itu. Moga kebahagian akan jadi milik mu
Mia.
Rombongan peminangan pihak lelaki pun tiba la di Kampung
Batu 14 pada tengahari Ahad tersebut. Dengan hajat ingin menyunting bunga di
taman. Tetapi dalam kegirangan itu ada pula yang tak senang duduk. Siapa lagi
kalau bukan Akmal yang dari tadi buat muka tak puas hati dengan mama dan
papanya yang memaksa dia datang sekali. Dah la dia banyak kerja dekat pejabat
sejak kebelakangan ini. Maklum la arkitek muda yang mendapat perhatian daripada
papanya dan ahli lembaga kerana hasil kerjanya yang tip top dan jugak perhatian
daripada gadis-gadis pejabatnya mahupun budak sekolah menengah yang tertarik
dengannya. Siapa tak kenal Akif Akmal Tan Sri Musa yang kacak , putih kemerahan
mukanya , tinggi lampai bak model katakan serta badan yang sasa. Pakej la untuk
dia tetapi sombong habis.
Sampai sahaja di hadapan rumah papan yang agak pudar warna
catnya tetapi hasil bina rumah itu cantik mata memandang. Kalau di beri
tatahias pasti menarik jadinya. Akmal memberi pendapatnya. Baik pula mamat ni.
“ Assalamualaikum...”, Tan Sri Musa memberi salam tanda mereka sudah tiba. “ Waalaikummusaalam....jemput la naik semua
”, opah mempersilakan tetamunya itu. Puan Sri Sarimah bergegas mendapat opah
untuk bersalam lalu memeluk tubuh tua itu dengan erat sambil mencium kedua
belas pipi tua opah. Tindakan itu dibalas opah seperti anak beranak sahaja
mereka.
Setelah selesai upacara pertunangan tersebut , hati Akmal
begitu berkobar-kobar mahu melihat muka perempuan kampung yang dia paling benci
itu kerana berjaya memusnahkan impiannya itu.
“ Mana pula perempuan ni. Siap la bila aku dah jumpa nanti. Memang aku
hambur habis-habisan ”, Akmal dah mula merancang rancangan awalnya untuk
mengenakan Mia. “ Haaa...Akmal ni la Nur Mia Maisarah ”, tiba-tiba Puan Sri
Aminah menegurnya yang tengah geram sangat la tu. Terkejut Akmal dibuat
mamanya. Akmal terus memalingkan muka untuk melihat perempuan yang dia benci
sangat tu. Terkelu lidah Akmal apabila terpandangkan wajah di hadapannya. Wajah
bujur sireh yang amat putih bersih dengan sedikit calitan alat solek kerana
majlis ini kerana Mia memang tak pernah mengenakan sebarang alat solek kecuali
lip balm sahaja. Mata bulat yang cukup menarik serta hidung yang sederhana
mancung menyerlahkan keayuan Mia. Tidak lupa tubuh tinggi lampai milik Mia
serta bibir munggil Mia yang kemerahan dan tidak terlalu nipis sudah cukup
untuk membuatkan hati Akmal bergetar. “ Biar betul perempuan cantik macam model
ni perempuan kampung tu ”, terlopong Akmal seketika sambil bermonolog dengan
hatinya sendiri. Apa sudah kena ni?Tak kan la sudah jatu cinta. “ Tak!!!!!!Aku
benci dia la ”, Akmal melawan suara hatinya kembali bagi mempertahankan egonya
itu.
Pejam celik sahaja sudah tiba masanya majlis pernikahan
Akmal dan Mia. Hanya sekali lafaz sahaja maka Nur Mia Maisarah sah menjadi
isteri kepada Akif Akmal yang angkuh itu. Nasib kau la Mia. Malam itu Akmal
merancang mahu mengena Mia kerana dia tak berpeluang sebelum ni. Siap la kau
malam ni perempuan kampung. Usai sahaja mengerjakan solat Isyak Mia terus
menghampiri suaminya. “ Kalau nak tidur kau tidur kat bawah faham tak ”, belum
sempat Mia memulakan bicara Akmal terlebih dahulu memulakan rencananya yang
sudah berapa lama pun tak tahu la. Mia hanya mengiakan sahaja kerana dia sedar
dirinya siapa. Tidak layak tidur di atas katil bersaiz king yang pastinya
empuk. Mia bersyukur sangat sebab dia merasa juga nak tidur dalam bilik
berpenghawa dingin. Mia hanya tidur beralaskan karpet gebu yang bagi Mia amat
selesa sekali kerana dia pernah tidur hanya berlapikan surat khabar di rumah
papannya. Teringat Mia pada opahnya. Puan Sri Sarimah sudah mengajak orang tua
tinggal sahaja dengan mereka tapi dia tak nak. Macam-macam alasannya. Akmal
yang berada di atas katil tersenyum puas kerana rancangannya malam ni menjadi.
Tetapi ada suatu perasaan yang janggal sekali dalam hati ini.
Ahhh.....pedulikan la.
Sebelum bernikah lagi Akmal sudah merencanakan pelbagai idea
jahat termasuk la sanggup menggunakan wang simpanannya untuk membeli sebuah
rumah supaya dia dan Mia dapat berjauhan daripada mama dan papanya. Dengan itu
mudah la dia hendak meneruskan niat jahatnya terhadap isterinya sendiri tanpa
pengetahuan sesiapa tetapi dia lupa bahawa Allah S.W.T sentiasa memerhati ragam
hambaNya di muka bumi ini. Tan Sri Musa dan Puan Sri Sarimah hanya mampu
menurutkan sahaja kehendak anak tunggal mereka yang mahu pindah rumah dengan
alasan mahu hidup berdikari dan inginkan privasi kononnya. Privasi nak kenakan
Mia la tu. Mia pula hanya mengikut sahaja kemana suaminya pergi. Dah itukan
tanggungjawab isteri sentiasa di sisi suami.
Mia ibarat orang gaji semenjak mereka suami isteri berpindah
ke rumah teres tiga tingkat yang agak besar yang terletak di Bangsar. Semua
benda yang Mia buat pasti ada yang tak kena di mata kasar Akmal. Tetapi Mia
hanya menurut kerana Mia tidak pernah melawan cakap orang dan seorang yang
berperwatakan mulia. Hal ini la yang membuatkan Akmal makin lama makin nakal
membuli isterinya sendiri. Apabila di depan Puan Sri Sarimah dan Tan Sri Musa
pasti Akmal akan berlakon mesra dengan Mia. Mia tak pula nak mengadu pada
sapa-sapa. “ Aku tengok lantai dh berhabuk. Aku nak kau mop lantai satu rumah
aku ni ”, arah Akmal dengan lentingnya padahal baru pagi tadi Mia mop lantai.
Tetapi Mia tak pula membantah. Dia hanya mengiakan sahaja. Akmal pula apa lagi
bukan main seronok dapat mengenakan Mia.
Dalam hati Akmal memuji hasil kerja isterinya tapi dalam
hati sahaja la. Yang paling dia tak boleh lepas adalah time makan. Masakan Mia
memang terbaik. Kalah mamanya. Ada apa-apa ke ni puji-puji habis. “ Abang nak
tambah lagi nasi ”, Mia bertanya dengan lemah lembut. Mia hanya memerhatikan
sahaja suaminya menjamu selera. “ Berapa kali aku dah cakap jangan panggil aku
abang. Panggil aku Tuan. Korek sikit telinga kau tu.Pekak.” hambur Akmal tanpa
belas kasihan. Ada pulak di suruhnya isteri panggil Tuan. Ini sudah kurang
ajar. Tetapi bagi Mia dia hanya mengiakan sahaja setiap suruhan Akmal itu.
Sudah hampir tiga bulan Akmal dan Mia melayari bahtera rumah
tangga tapi macam bukan suami isteri je. “ Cantik la bini kau macam model Mal.”
Amran memuji isteri Akmal yang berlalu pergi selepas menghidangkan minuman dan
sedikit makanan petang untuk mereka yang datang ke rumah pasangan suami isteri
itu. “ Kau jangan nak pandang bini aku lebih-lebih bro.” Marah pulak si suami
ni. Macam ada something je. “ Bukan kau tak suka ke dekat isteri kau tu. Tak
dalam hati ada kebun bunga kot.” Amran mengejek sahabatnya itu. Mereka memang
sahabat rapat. Dulu Akmal cakap yang dia benci dekat perempuan yang menjadi
pilihan mamanya itu. “ Entah la Am, aku pun tak tahu nak cakap macam mana. “
Dua hari lepas aku dengan dia ada cakap dengan satu lelaki siap panggil abang
lagi. Bukan main manja lagi aku dengar. Entah-entah lelaki tu buah hati dia
tak.” Akmal meluahkan apa yang terbuku kepada sahabatnya. Amran sudah
manghambur ketawa mendengar rintihan sahabatnya itu. “ Tau pula kau nak
cemburukan. Aku ingat kau dah tak ada perasaan. Muka saja hansome tapi bab perempuan
tak pandai handle langsung.” Amran memerli Akmal sambil gelak dengan
terbahak-bahak. “ Bila masa pula ak jealous dekat dia. Please la bro.” Akmal
menindakan telahan Amran. “ Tak nak mengaku pulak. Lantak kau la Akmal jangan
kau terlopong sudah bila bini kau kena kebas dengan jantan lain. Isteri kau
cantik dan hot market kot.” Amran terus mengusik sahabatnya itu. Air muka Akmal
sudah berubah. Sah la Akmal cemburukan Mia. Nampaknya ada orang yang sudah
tangkap cinta tapi ego tinggi macam Gunung Everest.
“ Aku nak cakap dengan kau sikit. Hari tu aku dengar kau ada
cakap telefon dengan seorang lelaki siap bermadah panggil abang lagi. Boyfriend
kau ke?.” Tanya Akmal macam peluru pistol tapi dalam hati sudah cemburu la tu.
“ Tu kawan Mia tuan.” Balas Mia pendek. “ Tak sangka pulak aku muka kampung
macam kau pun ada orang nak. Mesti lelaki tu buta tak pun pemikiran kampung
macam kau jugak.” Tuduh Akmal lalu menghamburkan ketawanya tapi dalam hati
timbul penyesalan. “ Bukan tuan.” Mia menafikan tuduhan suaminya. Akmal terus
meloloskan diri untuk mandi setelah penat di pejabat tadi. Mia hanya memerhati
jasad suaminya dengan pandangan kosong. Air mata Mia mengalir secara tiba-tiba.
Mia terpana apabila dia dengan tidak sengaja terpandang
tubuh tinggi lampai suaminya yang sasa lagi tegap. Akmal hanya memakai tuala
sambil mengelap rambutnya yang basah. Sebelum ni Mia tak pernah melihat tubuh
suaminya tanpa seurat benang. Tampannya dia di mata Mia. Akmal perasan dengan
pandangan tajam Mia ke tubuhnya itu. “ Kau dah jatuh hati dekat aku ke sebab
badan aku yang seksi ni.” Tegur Akmal dengan senyuman sinis. Mati terus lamunan
Mia dengan telahan suaminya itu. Mia terus melarikan pandangan matanya apabila
terperasan yang suaminya memandangnya dengan tajam. Tanpa membuang masa Mia
terus melarikan diri untuk ke dapur kerana dia sudah tertangkap dengan
perlakuannya sendiri. Malu rasanya. Akmal pulak hanya tersenyum melihat telatah
Mia. “ Comelnya muka isteri aku bila dia blushing.” Puji Akmal tanpa sedar. “
Apa aku merepek ni. Tak ada maknanya nak comel.” Akmal tarik balik pujiannya
setelah tersedar dari lamunan. Habis la kau Akmal.
Malam ni tidur Akmal tak lena dek penangan isterinya. “
Kenapa aku asyik ingatkan dia saja ni?.” Akmal berbicara dengan hatinya
sendiri. “ Ya Allah cantiknya dia tadi.” Puji Akmal lalu tersenyum apabila
mengingatkan peristiwa yang tak disangka tadi.
Mia tepuk kepalanya sendiri apabila dia terlupa hendak
membawa masuk pakaian ke dalam bilik mandi tadi kerana malu untuk bertentang
mata dengan suaminya selepas kejadian dia tertangkap melihat badab suaminya
tetapi bukan berdosa pun. Dengan nekad Mia memberanikan diri untuk keluar jugak
dari bilik air setelah dia yakin yang suaminya mungkin sudah ke bilik kerjanya.
Lagipun dia belum menunaikan solat Isyak. Walaupun waktu Isyak masih panjang
tetapi dia bukan suka melengahkan waktu solat. Tetapi dugaannya salah sama
sekali apabila jasad suaminya sedang bersandar di bahu katil sambil melayari
sesuatu di computer riba. Akmal yang perasan kelibat Mia yang baru keluar dari
bilik air terus terlopong melihat sebatang tubuh tinggi lampai yang putih
melepak macam anak cina yang hanya berkemban dengan kain tuala. Mia naik malu
apabila di pandang begitu oleh suaminya. Mia terkocoh-kocoh ke almari untuk
mengambil pakaiannya yang wajib di pakai iaitu baju T-shirt lengan panjang
dengan kain batik. Dalam langkahnya yang laju untuk menuju ke bilik air kembali
dengan tidak semenanya kain tuala yang dikenakan di badannya terlucut tapi
nasibnya agak baik dai sempat memaut kembali kain tualanya dengan muka yang
menahan malu. Akmal yang melihat adegan itu terus terngaga besar apabila
terlihat sedikit tubuh isterinya yang terdedah. Mahu pengsan di buatnya kerana
sebelum ini dia tak pernah melihat tubuh Mia sebegitu bahkan dia belum
merasmikan tubuh isterinya disebabkan ego menggunung. Mia menunaikan solat
dibilik sebelah kerana takut ibadahnya tidak khusyuk dek kerana terdapat bara
yang membuak di dalam bilik berhawa dingin itu. Malam ni ada yang tak lena
tidur.
Akmal memejamkan mata apabila peristiwa sebentar tadi
bermain di mindanya. Akmal memalingkan muka untuk melihat isterinya yang lena
tidur di bawah. “ Cutenya dia ni.” Hatinya berbicara apabila melihat wajah
bujur sireh Mia yang kelihatan polos dan tenang sahaja mata memandang. Sejak
kebelakangan ini Akmal kerap mengusha isterinya dalam diam terutama ketika
tidur. Tetapi apakan daya ego sudah menguasai diri ini la jadinya. Dulu bukan
main benci lagi sekarang sudah pandai curi-curi pandang isteri sendiri.
“ Ya Allah opah.” Terjerit Mia apabila mendengar berita
tentang kematian opahnya yang disahkan meninggal dunia kerana sakit tua. “ Mia
bersabar nak.” Jiran Mia iaitu Mak cik Timah menenangkan Mia yang sudah
dianggapnya anak sendiri. Kesian Mia sudah la jadi anak yatim piatu sejak kecil
lagi akibat ibu bapanya terlibat dalam kemalangan sekarang dugaan menimpa
dirinya lagi setelah opah yang menjaganya dengan penuh kasih sayang
meninggalkannya buat selamanya. Akmal yang terdengar jeritan Mia terus berlari
anak ke dapur. Sayu hati Akmal melihat isterinya yang menangis di lantai. “ Kau
ni kenapa?.” Tanya Akmal tapi dengan nada yang rendah. “ Opah Mia , Opah Mia
tuan.Opah Mia dah tiada.” Balas Mia dengan linangan air mata yang luruh seperti
musim luruh di Negara Jepun lalu tanpa segan silu Mia terus mendapatkan
sebatang tubuh suaminya lalu di dakapnya dengan erat. Akmal yang terkejut
dengan berita pemergian Opah Mia terus terpana dengan tindakan isterinya. Akmal
berasa ada suatu perasaan yang sukar di tafsirkan dan timbul perasaan bahagia
yang berbunga mekar. Akmal membalas pelukan isterinya yang selama ini tidak
pernah di layan seperti isteri. Kesiannya Mia Maisarah. “ Jom kita balik
kampung sekarang.” Akmal mengajak Mia yang masih menangis teresak-esak.
Dalam perjalanan ke Kuantan , Mia hanya menangis manakala
Akmal pula menumpukan tumpuannya di jalan raya. Dalam fokusnya itu sempat juga
di melihat ke arah isterinya yang dilanda hiba. Puan Sri Sarimah dan Tan SrI
Musa sudah sampai ke kampung selepas mendapat berita tersebut. Akmal dan Mia
lewat sedikit kerana dekat jalan tadi ada accident. Akmal dan Mia sampai ke
kampung sebelum tengahari. Mereka melihat teratak opah dipenuhi penduduk
kampung dan beberapa saudara mara tetapi tidak ramai. Air mata Mia luruh dengan
lebat lagi apabila melihat kelibat ibu mertuanya yang berlari anak dalam
tangisan untuk mendapat menantunya bagi menenangkan hati yang tengah lara. “
Mia sabar sayang , mama ada untuk anak mama tau.” Luah Puan Sri Sarimah sambil
dengan erat memeluk erat menantunya itu. Mia membalas pelukan ibu mertuanya
dengan lemah sekali. Fikirannya kosong ketika ini. Akmal yang menyaksikan
tangisan mama da isterinya turut merasa pilu dan tidak semena-menanya air mata
lelakinya luruh juga melihat wajah isterinya yang sugul. Mana ego kau Akmal.
Hati Akmal berbisik.
Lemah rasa lutut Mia apabila terpandang sekujur jasad yang
sudah tak bernyawa di hadapannya. Mia sudah mahu rebah di muka pintu tapi
sempat di paut oleh suaminya. Mia memandang Akmal dengan pandangan kosong
tetapi lain pula mamat ni. Akmal rasa seperti mahu sahaja peluk isterinya.
Sayang sudah nampaknya mamat sombong ni pada isteri sendiri. Mia terus
mendapatkan opahnya lalu memeluk erat dan mencium seluruh pelusuk wajah lesu
opah. “ Kenapa opah tinggalkan Mia. Opah dah tak sayangkan Mia lagi ke.” Luruh
lagi air mata Mia. “ Bawa mengucap Mia.” Mak cik Timah memujuk Mia lalu memeluk
belakang Mia. Puan Sri Sarimah yang melihat keadaan Mia turut tidak mampu
menahan dan menghamburkan air mata lalu mendakap erat tubuh Mia. “ Mia sayang
opah. Siapa lagi nak sayang Mia lepas ni opah?.” Mia meluahkan perasaan. Akmal
yang mendengar luahan tersebut berasa seperti di hempap batu. Ya Allah apa
hambamu ni dah buat pada isteriku ini. Akmal menyesal dengan kelakuannya
sendiri.
Mia duduk termenung di pangkir bawah pokok rambutan di
hadapan teratak opah. Semua orang hanya membiarkan Mia melayan perasaan dan
menenangkan diri. Akmal sudah nekad mahu berada di sisi Mia sekali gus
meluahkan perasaannya yang selama ni sudah lama terbuku tetapi ego punya pasal
dia sanggup melayan isterinya macam orang asing. Belum sempat dia ingin
melangkah ke arah Mia , terdapat sebuah kereta sport memasuki
perkarangan rumah itu. Mati niat Akmal apabila melihat sebatang tubuh tinggi
lampai yang keluar dari kereta itu. Wajah jejaka itu cukup kacak untuk membuat
hati wanita cair. Kaca mata hitam yang terletak di batang hidungnya yang
mancung menambahkan lagi kemachoan lelaki yang tidak di kenali itu. Lelaki itu
menuju ke arah Mia. Hati Akmal sudah membara dengan api cemburu melihat lelaki
itu memandang wajah isterinya seperti melihat kekasih. Apa hubungan lelaki tu
dengan Mia? Hati Akmal meronta ingin tahu.
“ Assalamualaikum
Mia.” Lelaki itu memberi salam apabila melihat yang Mia tidak sedar
kedatangannya tadi. Masih cantik kau Mia seperti dulu-dulu. “
Waalaikummussalam.....Abang Hakimi!!!!.” Mia terkejut dengan kehadiran lelaki
yang bernama Hakimi. “ Abang Kimi nak ucapkan takziah pada Mia. Abang Kimi
minta maaf sebab abang baru tahu berita ini dari Kamelia.” Hakimi menuturkan dengan
penuh tertib. Kamelia adalah kawan baik Mia. “ Tidak mengapa. Mia tahu Abang
Kimi sibuk.” Balas Mia. “ Kenapa Mia tak beritahu abang Kimi yang opah
meninggal?.” Tanya Hakimi dengan nada yang agak kecewa. “ Mia minta maaf.”
Ringkas Mia membalas.
Ada hati yang tengah meruap melihat drama di depan matanya.
“ Berabang la bagai.” Marah hati Akmal apabila dia terdengar perbualan Mia dan
lelaki yang bernama Hakimi. Akmal nekad untuk jadi benteng antara dua insan
yang membuat hatinya tidak keruan. “ Assalamualaikum.” Akmal memberi salam lalu
menghulurkan tangan ke arah Hakimi
dengan pandangan yang berapi-api. “
Waalaikummussalam.” Balas Hakimi dan Mia serentak lalu Hakimi menyambut
huluran tangan Akmal dengan pandangan kurang berpuas hati. Ini mesti lelaki
yang merampas Mia aku. Bisik hati Hakimi sambil tersenyum palsu. “ Ini suami
Mia, Abang Kimi dan ini kawan Mia.” Mia memperkenalkan Hakimi kepada Akmal
serta memperkenalkan Akmal kepada Hakimi. Panas hati Akmal apabila Mia memanggil
Hakimi dengan panggilan abang. Manakala Hakimi pula sakit hati apabila Mia memperkenalkan
Akmal sebagai suami. Kedua-dua jejaka tampan itu bermain dengan perasaan
sendiri.
Sakit hati Akmal masih bersisa setelah kehadiran Hakimi
petang tadi. Tambah pula Mia memanggilnya abang lagi. Mia masuk ke bilik dengan
longlai ibarat Akmal tidak wujud langsung dalam bilik tu. Dah la Mia hari tidak
menjamah sedikit pun makanan. Dari tadi air mata sahaja yang menemani dirinya.
Akmal yang masih benggang dengan Mia terasa tersentuh melihat keadaan Mia.
Masih terngiang lagi luahan hati Mia semasa di hadapan jasad opah tadi. “ Aku
sayangkan dia Ya Allah.” Bisik Akmal sendirian. Mia mengambil tempat di bawah
untuk tidur yang hanya berlapikan tikar mengkuang. Akmal hanya melihat Mia
dengan penuh kasih walaupun suasana bilik yang samar-samar dengan cahaya lampu
dari ruang tamu. Akmal terdengar esakan Mia walaupun tidak kuat tapi cukup
untuk telinga Akmal menangkap bunyi tersebut. Akmal bertambah pilu dan ikutkan
hati mahu sahaja dia peluk bagi menenangkan hati isterinya. Akmal melihat tubuh
tinggi lampai Mia yang berbaring dengan pandangan yang penuh makna. “
Sepatutnya aku sebagai suami kena la hiburkan hati si isteri yang tengah
berduka. Apa aku nak buat ni? ” Akmal bermonolog dengan diri sendiri.
Mia teringatkan kenangannya bersama Opah. “ Kenapa opah
tinggalkan Mia? Opah tau kan Mia sayangkan opah sangat-sangat.” Rintih hati
Mia. Mia terasa ada tangan yang merayap di pinggangnya. Bukan main terkejut
lagi apabila dia melihat yang suaminya memeluknya dari belakang. Walaupun dalam
kesamaran malam tapi Mia dapat melihat pandangan suaminya yang tajam ke dalam
matanya. “ Makin hansome pulak suami Mia buat muka macam ni.” Kata hati Mia. “
Mia jangan menangis ye.” Akmal memujuk Mia dengan nada suara manja. Mia terpana
dengan pujukan suaminya kerana sebelum ni Akmal akan mengguna ‘aku’ atau ‘kau’
apabila bertutur dengannya. “ Apa dah kena dengan suami Mia ni? ” bisik hati
Mia. Akmal memalingkan muka Mia ke arahnya. Wajah putih Mia sudah di serbu
dengan kemerahan. Mia malu dengan pandangan suaminya tetapi dia beranikan diri
juga mahu membalas pandangan suaminya itu. Akmal mencium dahi Mia di ikuti
kedua belah pipi lembut Mia. Satu perasaan kasih timbul di hati Akmal untuk
gadis di hadapannya kini. Mia pula terasa di awangan apabila mendapat ciuman
hangat dari lelaki yang bergelar suami. Jantung Mia berdengup dengan kencang
sekali seperti ribut taufan. Tanpa di duga Akmal dengan beraninya mendaratkan
bibirnya ke bibir munggil milik Mia. Lama mereka dalam keadaan itu. Mia hanya
mampu membatukan diri tanpa sebarang tolakan. Mia tertunduk malu walaupun tidak
berdosa pun perlakuan mereka. “ Abang nak tidur dengan Mia boleh? ” tanya Akmal
dengan nada yang romantis sekali. Hati Mia berbunga-bunga bahagia. Selama
mereka menjadi suami isteri Akmal tidak pernah mengelarkan dirinya ‘ abang ’
dan memanggil Mia dengan panggilan nama. Mia hanya mengganggukkan kepala dengan
soalan suaminya. “ Kenapa tak nak cakap sepatah pun dengan abang?Kenapa tak
pandang muka abang?Abang dah tak hansome ke? ” tanya Akmal bertubi-tubi dan
sempat lagi puji diri sebdiri. Mia menggelengkan kepala. Mia mengangkat muka
memandang wajah tampan suaminya. “ Nanti badan tuan sakit pula tidur atas
lantai ni.” Mia bersuara. Dengan tiba-tiba sekali lagi bibir Mia menjadi mangsa
bibir Akmal. Mia terkejut bukan kepalang lagi kerana dengan tiba-tiba sahaja. “
Lepas ni jangan nak gatal mulut panggil Tuan lagi. Panggil abang tau sayang.
Kalau tidak abang cium sayang lagi.” Balas Akmal dengan senyuman bahagia di
bibirnya. Mia bertambah malu apabila Akmal memanggilnya ‘ sayang ’. Bermimpikah
dia. Sempat lagi Akmal mencubit lembut pipi isterinya. Mia pula bertambah malu
dan muka sudah kemerahan. Nasib baiklah bilik ni agak gelap. “ Abang nak minta
maaf sayang sebab selama kita berkahwin abang tak pernah melayan Mia sebagai
seorang isteri. Abang selalu kenakan Mia , buli Mia , sakitkan hati Mia , suruh
Mia tidur dekat lantai , abang selalu kasar dengan sayang dan macam-macam lagi
kesalahan abang buat dekat Mia. Abang min......” belum sempat Akmal
menghabiskan tuturnya bibir Mia pula sudah melekat di bibir Akmal. Akmal pula
terpana dengan tindakan isterinya. Mia pula malu sendiri dengan tindakan
spontannya. “ Bukan salah abang pun. Mia tak kisah la abang. Sudah jadi
tanggungjawab Mia untuk ikut cakap abang.” Balas Mia dengan penuh keikhlasan.
Akmal terharu dengan ucapan isterinya. Makin bertambah kasih sayangnya terhadap
Nur Mia Maisarah. Akmal terus mendakap erat tubuh Mia. Mia membalas pelukan suaminya
dengan air mata bahagia. “ Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan
kebahagiaan ini untuk hambamu. Hambamu memohon supaya kebahagiaan ini akan
berkekalan sampai hujung nyawa. Amin.” Ucap kesyukuran Mia dalam hati. “ Abang
sayang Mia sangat-sangat. Abang cintakan Mia , sayang.” Luah Akmal dengan penuh
erti keikhlasan. Mia yang mendengar ucapan kasih suaminya terus mengalirkan air
mata. “ Mia sayang abang banyak-banyak. Mia cintakan abang. Abang jangan
tinggalkan Mia ” Balas Mia dengan kasihnya. Akmal terharu dan mengeratkan lagi
pelukannya. Mereka hanyut dalam dunia mereka sendiri dengan penuh kebahagiaan
yang baru sahaja dikecapi.
Keesokan paginya Akmal
sudah terpaksa berangkat pulang ke Kuala Lumpur kerana esoknya Akmal ada
perjumpaan dengan klien penting dari Korea Selatan. Apa boleh buat sudah
berjanji. Puan Sri Sarimah pula menyuruh Mia agar di tinggalkan di kampung
kerana Mia boleh balik dengan Puan Sri Sarimah. Terpaksalah dia meninggalkan
isteri yang baru di ucapkan sayang semalam. Berat rasanya hati dia mahu
meninggalkan isterinya. Takut juga jika di ganggu Hakimi. “ Abang balik dulu
sayang. Sayang abang jangan menangis lagi tau. Abang sayang Mia. Abang akan
rindukan Mia nanti. Cepat balik rumah kita ye sayang.” Ucap Akmal dengan berat
hati dan penuh kasih. “ Mia rindukan abang. Abang jaga diri tau. Hati-hati
memandu. Sudah sampai nanti call Mia tau. Mia sayangkan abang.” Penuh kasih
ucapan Mia kepada suaminya. Akmal memeluk erat tubuh Mia lalu mencium kedua
belah pipi isterinya yang Berjaya mengetarkan jiwa lelakinya.
Sudah tiga hari Mia di kampung kerana menguruskan kenduri
arwah opah bersama Puan Sri Sarimah. Rindunya rasa hati Akmal bukan main
kepalang lagi. Hanya suara Mia yang jadi pengubat rasa rindunya. Hari ni di
pejabat di rasakan bosan sekali.
Sampai sahaja Akmal di rumah, dia terus naik ke bilik dengan
langkah yang orang macam mati bini. Selalunya Mia akan tunggu di muka pintu
untuk menyambutnya. Walaupun Akmal melayan nak tak nak je isterinya tetapi Mia
tetap memaniskankan muka menyambut suaminya. Pintu bilik di kuak, terasa kosong
sahaja dirasakan Akmal. Tidak semena-menanya terasa ada tangan yang melingkar
pinggang sasa Akmal dari arah belakang. Akmal terus memalingkan muka dengan
hati yang bukan main gembira lagi. “ Sayang abang.” Jerit Akmal lalu memeluk
Mia dengan eratnya. “ Assalamualaikum abang sayang. Mia rindu sangat dekat
abang.” Mia memberi salam kepada suaminya. “ Waalaikummussalam sayang abang.
Kenapa balik tak cakap? Sampai hati Mia.” Balas Akmal dengan suara yang merajuk.
Inginkan perhatian la tu. Macam budak-budak la Akmal ni. Mia terus cubit lembut
pipi kiri suaminya lalu menjongketkan sedikit kaki untuk mencium kedua belah
pipi suami tercinta. Akmal pula membalas dengan mencium bibir isterinya. Denda
la tu sebab balik senyap-senyap. “ Mia minta maf abang. Mia cuma nk buat
surprise dekat suami Mia ni.” Balas Mia dengan senyuman manis sekali. Cantik
sungguh isteriku ini. Terpujuk hati Akmal dengan kepulangan Mia ke rumah. Mia
bertambah berseri-seri. Patutlah Akmal gila bayang dengan isteri dia sendiri. Ini la penangan Nur Mia
Maisarah.
Usai sahaja
mengerja solat Isyak berjemaah tadi, Akmal terus mendukung tubuh Mia ke arah
katil yang bersaiz king itu. “ Abang nak tanya Mia boleh tak? ” soal Akmal
kepada Mia yang sedang menyandarkan kepada ke dada bidang Akmal. “ Apa dia
abang, tanya la.” Balas Mia sambil mengusap lembut jemari Akmal. “ Apa hubungan
Mia dengan Hakimi? ” Lembut suara Akmal. Mia memandang suaminya. Pasti suaminya
cemburu. “ Betul abang nak tahu ni? ” tanya Mia kembali dalam usaha mahu
menguji suaminya. Air muka suaminya sudah berubah dan Akmal berharap yang
Hakimi tu tiada hubungan dengan isteri kesayangannya. “ Abang Hakimi adalah
senior Mia masa dekat universiti dulu. Tu je abang sayang.” Balas Mia dan
berharap suaminya tidak cemburu lagi kerana dia dengan Hakimi bukan ada
hubungan istimewa. “ Mia pernah masuk U? Abang tak tau pun sayang.” Akmal
bertanya ingin tahu. “ Sudahnya abang tak tanya. Lagipun abang dulukan jual
mahal sangat dekat Mia.” Mia membalas dengan gelak tawa nakal. Akmal terus
mencuit hidung Mia. “ Mia belajar mana dulu.” Tanya Akmal. “ Seoul National
University.” Balas Mia bersahaja. Terlopong Akmal apabila mendapat tahu
isterinya graduan luar negara. “ Sayang belajar dekat luar negara? Mama tak
pula bagi tahu yang sayang belajar dekat luar negara.” Akmal membalas. “ Mia minta maaf
abang. Mia yang minta mama rahsiakan dari abang.” Ulas Mia sambil mengusap
lembut pipi suaminya. “ Sampai hati Mia buat abang macam ni.” Balas Akmal
dengan rajuk lalu bangun dari katil. Mia yang melihat reaksi suaminya
terpinga-pinga. “ Mia minta ampun abang. Mia tak sengaja nak buat abang
berkecil hati.” Mia merayu lalu memaut tangan suaminya. Akmal tiba-tiba
mendukung Mia dan di letaknya di atas katil kembali. Didaratkan ciumkan kasih
di dahi Mia. Mia memeluk erat tubuh suaminya. “ Abang....Mia nak minta izin
abang? Mia nak jadi guru kalau la abang izinkan? ” tanya Mia dengan penuh
harapan kerana itulah impiannya sejak dari kecil walaupun dia boleh menjadi
engineer dengan ijazah yang di milikinya. “ Boleh sayang.” Balas Akmal ringkas.
Akmal membalas pelukan isterinya dengan berbunga-bunga. Kebahagian pasti
menjadi milik setiap hambaNya yang bersabar.
Pasangan suami
isteri yang bahagia sekarang tu sedang begitu asyik masak bersama-sama. Amboi
Akmal dah tolong bini masak nampak. Dulu kau bukan main dera dia lagi. “ Abang
tengok masa dekat kampung hari tu Hakimi pandang sayang macam suka saja dekat
isteri abang ni.” Akmal bertanya isterinya mahu mengorek rahsia la tu. “ Kalau
abang nak tahu yang abang Kimi tu pernah luahkan perasaan masa kami belajar dekat
Korea dulu tapi Mia Cuma anggap dia senior and as a brother only not more than
that.” Terang Mia pada suaminya. “ Abang dah agak dah. Tetapi boleh tak jangan
panggil dia abang.” Akmal mengarah Mia. Mia tergelak melihat telatah suaminya.
Cemburu rupanya. “ Abang jangan risau, dalam hati Mia ada abang saja. Mia
sayang sangt pada abang.” Mia mengambil hati suaminya. Akmal memeluk Mia dari
belakang sambil memerhatikan isterinya memotong sayur sawi. “ Mia nak tau tak
macam mana abang boleh jatuh cinta pada sayang? ” tanya Akmal mahu membuka
pekung di dada. “ Nak abang.” Jawab Mia beria-ria. “ Abang jatuh cinta pada
sayang masa masa hari kita bertunang dulu. Sayang cantik sangat macam model tu
yang buat abang tertarik dan tak boleh tidur malam. Sekarangkan sayang bukan
sebab rupa sayang yang cantik tapi sebab hati sayang baik. That why I mad in
love with you again and again my sweetheart.” Ucap Akmal dengan penuh kasih
sayang terhadap Mia lalu mencium pipi isterinya. “ Mia jatuh cinta pada abang masa hari
pertunangan kita juga. Masa tu Mia fikir betul ke ni bakal suami aku.” Mia
menghabiskan ulasannya macam tu saja. Akmal terpinga-pinga. “ Kenapa Mia? Apa
yang sayang fikirkan masa tu? ” tanya Akmal inginkan kepastian. “ Abang kacak
tahu tak pada mata Mia. Mia terfikir la abang ni mesti banyak peminat tak pun
abang ni playboy.” Usik isterinya. Akmal terus mencium pipi Mia. “ Abang
sayangkan Mia je.” Jawab Akmal dengan penuh kasih. “ Mia bergurau je abang
sayang,” Mia terus mencuit hidung suaminya.
Permohonan Mia
untuk menjadi guru telah di luluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Mia
gembira dengan berita yang di terimanya itu serta ada satu lagi berita yang
lagi mengembirakannya. Dia ingin berikan kejutan untuk suaminya nanti. Malam
itu selesai sahaja mereka makan malam bersama-sama , Mia terus memaut lengan
suaminya yang duduk di sofa sambil menonton televisyen. Akmal menghadiahkan
ciuman di pipi isterinya. “ Mia ada something nak beritahu abang.” Mia
memulakan bicara. “ Apa sayang. Cakap la.” Akmal memasang telinga. “ Pemohonan
Mia diluluskan abang. Bulan depan Mia dah boleh bertugas.” Beritahu Mia dengan
gembiranya. “ Alhamdullilallah sayang. Tahniah Cikgu Mia Maisarah.” Ucap
kesyukuran. “ Terima kasih untuk abang sebab abang banyak beri semangat dekat
Mia. Then, next news is I’m pregnent. Two month now abang.” Berita yang
tergempar telah dibocorkan. “ What? Are you serious sayang? ” Akmal bertanya
ingin kepastian. “ Betul abang. Tak lama lagi abang dengan Mia akan jadi papa
dan mama,” balas Mia bagi meyakinkan suaminya. “ Alhamdullillah Ya Allah dengan
kurniaan ini.” Akmal mengucap kesyukuran lalu mencium kedua belah pipi
isterinya yang tersenyum bahagia dengan berita yang di terima.
Sudah sebulan Mia
menjalankan tugas sebagai seorang guru. Maka usia kandungannya juga sudah
menginjak ke empat bulan. Walaupun baru empat bulan tetapi perut Mia kelihatan
agak memboyot. Apabila melakukan check up bulan lepas doktor cakap baby sihat
je. Mia selalu berdoa agar kandungannya sihat. Hari ini seperti biasa Akmal
akan datang menjemputnya kerana hari ini suaminya itu bercuti. Selalunya Pak
Mat akan datang jemput. Pak Mat sebenarnya pemandu ibu dan bapa mertuanya.
Mereka tidak mahu Mia pulang sendiri kerana Akmal sibuk di pejabat. “
Assalamualaikum cikgu. Saya nak hantar buku latihan.” Sapa seorang pelajar
tingkatan lima yang memang cantik kerana ibunya berketurunan Arab manakala
bapanya orang Melayu. “ Waalaikummussalam Atilia. letakkan di situ. Terima
kasih Lia.” balas Mia terhadap anak
muridnya itu. “ Cikgu tak balik lagi? ” tanya Atilia. “ Tengah tunggu suami
cikgu ni.” Balas Mia. “
Assalamualaikum.” Salam di beri. “ Waalaikummussalam.” Balas Mia dan Atilia
serentak. Mia menghulurkan tangan untuk menyalami suaminya dan Akmal
menghulurkan tangan sambil memberi senyuman kepada Atilia. “ Abang bawakan
barang Mia dulu ye. Nanti Mia ikut.” Akmal terus mengambil barang isterinya
lalu keluar dari bilik guru menuju ke kereta. “ Hansomenya suami cikgu.” Puji
Atilia. “ Ye ke cikgu tak perasan pula Lia. Cikgu balik dulu Lia. Jumpa esok
tau.” Mia bersalam dengan anak muridnya lalu melangkah pelahan menuju ke
kereta. Sejak mengandung ni dia tak boleh nak jalan laju-laju. Sudah berapa
kali dia menerima pujian dari rakan sepengajarnya tentang ketampanan suaminya.
Apa boleh buat sudah dapat suami hansome. Terima sahaja la Mia.
Mia telah di
sahkan mengandungkan twin baby. Mia bukan main gembira lagi tetapi Akmal
bimbang kerana perempuan pregnent twin ni ada banyak komplikasi. Akmal menjaga
Mia dengan baik sekali. Semasa scan hari tu doktor cakap maybe Akmal dengan
dapat dua baby girl. “ Abang nak bagi anak kita nama apa eh? ” tanya Mia kepada
suaminya yang senang mengetip kuku Mia. Sweetnya. “ Kalau perempuan abang nak
letak Nur Mia Tasneem dan Nur Mia Tasleem. Then kalau lelaki abang serahkan
pada sayang.” Balas Akmal lalu tersenyum. “ Abang letakkan Nur Mia di hadapan
anak kita? Pandai abang pilih nama.” Terharu Mia kerana suaminya letakkan
pangkal namanya untuk anak mereka.
Akmal yang
menerima panggilan mamanya memberitahu yang Mia sekarang berada di hospital
kerana Mia sudah mahu bersalin. Akmal terus bergegas ke hospital untuk
memberikan kekuatan kepada isterinya. Di mata Mia timbul lakaran ibu bapanya
dan opah yang tersenyum kepadanya. Mia membalas senyuman mereka. Mia di bawa ke
bilik bersalin dengan segera. Tidak lama selepas itu Akmal sampai dengan muka
yang bimbang. “ Mia mana mama? ” Akmal bertanya kepada mamanya. “ Mia ada dalam
nak.” Balas Puan Sri Sarimah. Akmal terus masuk ke bilik bersalin itu tanpa
membuang waktu dan di hadapannya isterinya sedang bertarung dengan nyawanya
sendiri untuk memberikan anak mereka peluang untuk bernafas di muka bumi ini.
Akmal terus mengenggam erat tangan isterinya. “ Abang ada sini Mia.” Ucap Akmal
di telinga isterinya. Mia dapat rasakan kekuatan dari pautan tangan suaminya. “
Puan Maisarah sikit lagi. Teruskan push then take a breath.” Doktor perempuan
dalam lingkungan 40-an memberikan panduan. Akmal mengucapkan kesyukuran apabila
isterinya selamat melahirkan anak pertama mereka. Akmal melihat anaknya dengan
linangan air mata kegembiraan. “ Tahniah Encik anak perempuan,” Doktor itu
memberitahu. “ Anak kita cantik macam sayang. Sayang kuat tau. Ada seorang lagi
sayang.” Akmal memberikan semangat kepada isterinya. Namun begitu, Mia sudah
kelihatan lemah dan tidak bermaya. Doktor yang menjadi bidan Mia sudah bimbang.
“ Puan harus kuat kalau tidak....” Doktor itu tidak meneruskan cakapnya apabila
melihat muka Akmal sudah berubah. “ Kalau tidak apa doktor.” Tanya Akmal dengan
cemas. “ Maybe baby boleh
meninggal dalan rahim and can effect to you wife as well.” Jawab doktor
tersebut dengan berhati-hati. Pucat muka Akmal mendengar jawapan doktor itu. “
Sayang kena kuat. Demi anak kita dan abang. Mia sayangkan abangkan? Mia kuat
tau. Abang ada sini teman Mia.” Akmal membisikkan di telinga isterinya dengan
air mata yang sudah luruh dengan lebatnya. Air mata Mia turut berlinang. Dia
mesti kuat untuk anak dan suaminya. Wajah
arwah Ibubapa dan opahnya bermain
di matanya. Mia terasa kekuatan mereka meresap ke dalam dirinya. Terasa harapan
suaminya turut menjadi penguat kepada dirinya. Mia meneruskan perjuangannya
untuk memberi nafas baru kepada cahaya matanya. Doktor menarik nafas lega
apabila cahaya mata Akmal dan Mia yang kedua selamat dilahirkan. Mia kelihatan
penat dan lemah sekali tetapi syukur ke hadrat ilahi Mia stabil. Mia terlalu
penat sehingga terlelap tanpa sempat melihat buah hatinya yang baru dilahirkan.
Akmal melaungkan azan ke telinga kedua-dua anak perempuannya. Puan Sri Sarimah
dan Tan Sri Musa tersenyum melihat wajah anak mereka yang bahagia bersama
cucu-cucu mereka.
Mia membuka
matanya perlahan-lahan. Mia melihat wajah suaminya yang tersenyum padanya. “ Kacaknya suami Mia ni.” Sempat lagi
Mia memuji dalam hati. Itu la tanda kasih sayang seorang isteri kepada
suaminya. Mia membalas senyuman suaminya. “ Mana anak kita bang.” Lemah suara
Mia bertanya. Akmal mencium pipi isterinya lalu bangun berlalu pergi. Mia
keliru dengan kelakuan suaminya dan dalam hatinya timbul perasaan panik.
Tiba-tiba Akmal datang ke arah Mia dengan memangku dua anak kecil. Mia
mengalirkan air mata kegembiraan. Akmal meletakkan cahaya matanya di sebelah
kanan dan kiri Mia. Mia mencium kedua-dua buah hatinya dengan penuh kasih
sayang. Mia menghulurkan tangan ke arah suaminya lalu mencium tangan suaminya
dengan penuh kebahagiaan. Akmal terus mendaratkan bibirnya ke dahi lesu
isterinya. Puan Sri Sarimah dan Tan Sri Musa yang melihat perlakuan anak
menantu mereka berasa bahagia dan gembira dengan perubahan anak teruna mereka
yang sudah banyak berubah sejak menikahi Nur Mia Maisarah.
“ Anak papa dah
makan? ”Akmal bertanya kepada puteri-puterinya yang sedang berada di sisi
isterinya. “ Nur Mia Tasneem dan Nur Mia Tasleem sudah minum susu papa.” Mia
bergurau dengan suaminya. Mia baru sahaja melewati waktu berpantang. Akmal
terus mengambil tempat di sebelah Mia lalu mencium pipi isterikan seperti biasa
dengan manjanya. “ Mia sudah makan sayang.” Tanya Akmal dengan penuh kasih
seorang suami. “ Sudah abang tadi. Papa dah makan? ” jawab Mia. Sejak jadi mama
orang ni Mia sudah pandai bergurau. Siap panggil suaminya papa lagi. “ Belum
lagi mama. Papa nak mama suapkan boleh sayang? ” tanya Akmal dengan manjanya
macam anak kecil. “
Mestilah boleh. Hari ini mama masak ketam masak lemak tau. Nanti mama suap
papa. Papa kena makan banyak-banyak.” Balas Mia dengan manja juga lalu mencubit
pipi suaminya. Akmal tersenyum dengan kenakalan isterinya. “ Nanti badan abang
naik macam mana sayang? ” tanya Akmal kepada isterinya. “ Lagi bagus. Nanti tiada
siapa nak dekat suami Mia yang hansome ni. Biar Mia sudah la jadi suri hati
abang.” Balas Mia dengan selamba. “ Abang sayang Mia sampai hujung hayat abang.”
Luah Akmal dengan keikhlasan. Mia terharu dengan pengucapan suaminya. Mia
memeluk erat suaminya. “ Mia juga sayangkan abang sampai hujung nyawa Mia. Mia
hanya ada abang dengan anak-anak kita dalam dunia ni. Mia cintakan abang.” Mia
pula meluahkan perasaan kepada suaminya. Akmal terharu dengan luahan isterinya
yang begitu ikhlas kedengaran di gegendang telinganya. Satu ciuman dari Akmal
melekap di bibir munggil Mia. “ Abang janji akan jaga Mia dan anak-anak kita
macam nyawa abang. You must remember this sayang. Abang cintakan Mia
sangat-sangat.” Akmal meluahkan lagi perasaannya untuk isterinya yang amat
dicintai. Kebahagiaan yang selama ini diimpikan Mia sudah berada di depan mata.
Semoga cinta mereka akan berkekalan.
Saya karang cerpen nie masa cuti raya...........harap terhibur la walaupun saya baru belajar mengarang..
tahi kamu kicap masin... adakah tahi kamu berperisa masin atau kicap kamu berperisa tahi...
ReplyDeleteHahahaha...lawak
Deletemne kau tau tahi masin ;)
Deletexxx story
ReplyDeletebutoh pak hang cerpen macam kicap berperisa tahi
ReplyDeleteLol
DeleteBest je cerpen ni ! :) Yang kau nak komen bukan2 tu dah kenape ? Klau x ske , x yah komen !!! Buat semak je .. Btw , cerpen ni mmg best ! Truskan usaha ok !
ReplyDeletetrima kasih......thank for support.....don''t mind to the hater.......
ReplyDeletekalau x suka.. x payah lah nk comment... hurghh,,!! best lah cerpen ni.. suka sangat.. sweet
ReplyDeleteterima kasih......
ReplyDeletecerpen yg best ... teruskan usaha nazren kicap masin ...
ReplyDeletejgn peduli apa yg org ckp ... dia ckp begitu sbab dia dengki kau ada talent dlm membuat cerita ... org yg pendengki ni amalan iblis ...
thanks a lot.......lgpown nie cerpen suka2 je buat......
ReplyDeleteaq dpt bygkn xlama lg ade produksi wat drama dr cerpen ni...terbaik...!!!
ReplyDeleteada orang baca pown dh ckup bersyukur.........
ReplyDeleteEk eleh over pulak 17boffy nie. Meroyan letueww..miahaha. Anyway, keep up the gudwork,nazren. Salute!
ReplyDeletethanks you nadirah....
ReplyDeleteBest lah.xsangka laki pon berbakat karang cerpen cam nih.keep up d gud work. :*
ReplyDeletethanks for the support......
ReplyDeleteBest sesangat
ReplyDeleteBest cerita ni,bole buat drama.
ReplyDeletethanks for the support......
ReplyDeleteBest
ReplyDeleteLain kali ajat saya jugak mcm mane nak karang cerpen ye...^^
ReplyDeletetulis je apa yg terlintas dlam minda nie cik nur shazella.....awk pown blh karang kan....
DeleteSweet cerpen nie..kipidap nazren..#i hate17boffy..booo
ReplyDeletethanks....jngn la bnci dya...dya ada pndapat tersndiri...
Deleteterbaiklahhh bro.. buatlahh lagi bro.. semoga dpt menghasilkan cerpen yang best2 lagi... keep it up bro...
ReplyDeletebest sgt.. hee
ReplyDeleteBest ..sy suke ..sweet...
ReplyDeleteBhaa best gilaa nya
ReplyDeleteNot bad la..watak mia & akmal mmg sweet sgt
ReplyDeletethanks2
ReplyDeleteMemang best!!kipidup..ππ
ReplyDeleteνΌμμκ°Έλ
ReplyDeleteνΌμμκ°Έλ
ReplyDeleteBest☺
ReplyDeleteThanks a lot
DeleteBest☺
ReplyDeleteBest la... Hmmm sweet je
ReplyDeletebest π
ReplyDeleteThanks nah
DeleteHmmp..sampai menangis bace cerpen nie..memang best la awak
ReplyDeleteAla ye ke....
DeleteCerpen nie xda la sedih sngat..sensitif kan dia
Emmm... emmm...
ReplyDeleteNazrin
ReplyDeleteAnak perempuan x azan
Tu ja nk habaq
Hellooo, Nazreyn. I'm Mia. Ei, stress aku bace cerpen ko ni. Aku sebagai Mia nama holder, anak org kaya, tak kisah tak de jantan nama suami dlm hidup aku tau ! Kot ye pun, letak la nama perempuan lain. Nama Mia ni special for anak org kaya je tau. Sentap siaaa, hahahaha !!!
ReplyDeleteawak,awak ingat awak sorng je nama Mia ke×)
Delete