1
Bayu petang
menyapa lembut dan sepoi-sepoi bahasa kepada pemilik sepasang wajah yang tampak
cukup menarik.Sepasang mata yang bulat terletak pada wajahnya yang bujur
sirih.Bibirnya yang mungil serta kulitnya yang putih bersih tanpa sebarang calitan solekan.Matanya begitu tertarik menikmati
ciptaan Allah s.w.t di tepian pantai Kampung Batang Air.Tersenyum dia sendirian
apabila melihat anak-anak kecil berlari-lari apabila ombak memukul
pantai.Sungguh indah ciptaanNYA untuk hambaNYA di muka bumi yang aman permai
ini.Banyak aktiviti yang dijalankan di pantai ini.Ada yang brsiar-siar
bersama keluarga tersayang dan tidak
kurang segelintir penduduk kampung yang memancing ikan di tepi pantai.Dia
begitu asyik melihat ragam manusia yang tersaji
dihadapan matanya.
“Balqis,dah nak maghrib ni apa kamu buat kat tepi pantai
lagi tu”Terkesima lamunan Nur Balqis Aisyah apabila terdengar pekikan maknya
Mak Kiah dari tepi tingkap teratak yang berada menghadap pantai tempat Balqis
selalu kunjungi sejak dari kecil hingga la umurnya mencecah 24 tahun.
Tanpa membuang masa sepasang kaki milik Balqis melangkah
meninggal kawasan pantai.Takut juga jika di marahi emaknya yang sering naik
angin jika anak daranya balik ketika waktu maghrib.Namun begitu emaknya seorang
yang baik hati dan penyayang terhadap anak-anaknya walaupun Mak Kiah
kadang-kadang akan juga berkelakuan tegas apabila anak-anaknya degil.Tetapi itu
semua dahulu sekarang anak-anak sudah dewasa.Abah atau lebih dikenali dengan
panggilan Pak Lang pula seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap.Tetapi
abah seorang yang baik hati dan sentiasa mengambil berat hal-hal yang berkaitan
keluarganya.Pak lang dan Mak Kiah dikurniakan lima orang cahaya mata.Dua orang
lelaki dan tiga orang perempuan.Balqis adalah anak keempat.
Usai menunaikan solat maghrib , Balqis turun ke dapur untuk
membantu emaknya menyediakan makan malam.Pak lang belum lagi pulang dari
masjid.Sedang Balqis membancuh air milo ais Mak Kiah bersuara..”Anak dara mak
ni bila nak kawin , kamu dah ada calon ke belum Balqis?”,Tanya emak dengan
penuh minat...”Entah la mak”,jawab Balqis ringkas.”Bukan apa kamu tu dah sesuai
untuk jadi isteri orang..lagi pun tak elok anak dara kawin lewat nanti tak
laku”,usik Mak Kiah.Terhambur tawa Balqis dengan kenyataan emaknya...”Saya muda
lagi la mak....lagi pun anak dara mak sorang ni kan cantik macam model gitu”,usik Balqis pulak sambil terus tertawa
sehingga mengalir air mata.
“Assalamualaikum”...kedengaran suara orang memberi salam
sambil pintu terkuak...”Itu pasti abah kamu dah balik”, bagi tau Mak Kiah
kepada Balqis sambil menanggukkan kepala tanda mengiakan dengan tekaan emaknya.”Apa
yang dibualkan tu dua beranak ni sampai dengar kat depan sana”,tnya abah dengan
muka yang tenang.Itu la karakter abah yang tak pernah berubah.”Tak ada apa nya
abang cuma bergurau dengan Balqis ni bila nak berumah tangga”....Abah senyap
sahaja buat seketika..”Betul kata mak kamu tu Balqis”,Abah bersuara.Balqis
hanya mendiamkan diri.Maka isu itu pun lenyap macam tu sahaja semasa mereka
menjamu selera.
Malam itu Balqis tidur awal kerana pada esok pagi dia harus
memandu pulang ke Kuala Lumpur.Sebelum tidur dia sempat memikirkan tentang
soalan yang emaknya hamburkan kepadanya sebentar tadi soal berumah tangga.Dia
hanya berserah bab jodoh kepada Allah s.w.t.Abang long,Abang ngah dan kak lang
nya sudah berumah tangga.Cuma tinggal dia dan adik perempuannya yang masih
menuntut di Universiti Malaya.Bila di fikirkan ramai sahabat sebayanya sudah
berumah tangga malah ada yang sudah beranak-pinak.Ada jugak riak cemburu tapi
dia serahkan soal jodoh kepada Pencipta umat.Lagipun dia masih muda trang tang
tang.
“Balqis gerak dulu mak abah”,cakap dia sambil menyuakan
tangan untuk bersalam dengan ibu bapanya.”Hati-hati bawak kereta tu sayang”,pesan
emak kepada anak daranya.Angguk Balqis sebagai tanda mengiakan pesan emak dan
abahnya yang semestinya risau bila anak perempuan mereka memandu kereta sendirian
dari Pahang ke Kuala Lumpur.
Dalam perjalanan , Balqis hanya mendengar radio bagi
menghilangkan rasa bosannya.Lusanya dia harus ke sekolah kembali setelah
sekolah bercuti selama seminggu.Dia menjadi guru English di sebuah sekolah di
ibu kota. Dia tinggal bersama dua orang sahabat yang turut mengajar di sekolah
yang sama.
Sampai sahaja Balqis di rumah sewanya dia terus bergegas ke
bilik untuk menunaikan solat zohor.Usai solat baru dia perasan yang rakan-rakan
serumahnya tiada di rumah.Mungkin keluar agaknya.Balqis mengambil kesempatan
itu untuk lelapkan mata sebentar setelah penat memandu dari kampungnya hingga ke
KL yang mengambil masa lebih kurang empat jam.Baru sahaja melabuhkan kepalanya
ke bantal empuk yang tersedia Balqis terus tertidur sambil menganyam mimpi.
“Hei bangun Balqis...Apa tido time asar nie haa.??”,kejut
Maisarah iaitu rakan serumahnya dengan suara yang agak lantang untuk sedarkan
Balqis.Maisarah sudah lali dengan tabiat Balqis yang suka tidur mati.Kalau bom
meletup tepi rumah pon dia tak sedar.Balqis bangun dan terus berlari pantas
menuju ke bilik air kerana dia belum menunaikan solat asar lagi.Terletus tawa
Maisarah melihat telatah sahabatnya yang begitu cantik dan tinggi lampai
seperti model tetapi berperangai macam budak-budak sekolah tadika.
“Terima kasih Sarah kerana kau kejutkan aku tadi”, ucap
Balqis sambil tersenyum manis.”Sama-sama sayang ooo”,balas Maisarah sampai
tertawa dengan sikap Balqis.Sofea iaitu salah seorang rakan serumah Balqis dan
Maisarah turut ketawa melihat ragam rakan-rakannya.
“Apa korang masak tu???”,Tanya Balqis dengan penuh
minat.Lapar agaknya.”Masak lemak ketam je”,balas Sofea ringkas.”Bilanya kau
sampai dari kampung???”,Tanya Maisarah pula setelah berdiam seketika.”Time
masuk zohor tadi”,jawab Balqis.
Setelah selesai memasak makan malam , mereka bersembang
sebentar sementara menunggu azan maghrib berkumandang.Namun begitu fikiran
Balqis masih terngiang-ngiang dengan pertanyaan emaknya semasa bercuti di
kampong.Apa yang patut aku buat ni.Balqis bermonolog sendiri.
2
Akif akmal membelah kepekatan malam Kuala Lumpur dengan memandu
Honda CRV dengan kelajuan yang agak mengerunkan pengguna jalan raya yang
lain.Apa tidaknya pertanyaan atau lebih tepat paksaan yang di hamburkan oleh
mamanya berkaitan perkahwinan dengan anak kawan lama mamanya di kampung.Bukan
taste dia la nak berbinikan orang kampung yang dianggapnya kolot dan jijik
untuk menjadi tatapan matanya.Akif sememangnya memiliki paras rupa yang tampan
bak pelakon Korea iaitu Lee Min Hoo.Dengan susuk tubuh yang sasa dan tinggi
umpama model.Setiap kali berjalan di tempat awam pastinya dia akan menjadi
tumpuan wanita-wanita.Namun begitu dia terlalu sombong dan angkuh dengan
kurniaan Allah s.w.t itu.Bila dia mahu berubah pun tak tau.
Dia terlalu bingung dengan pertanyaan mamanya perihal rumah
tangga.Dia tidak suka menjadi suami kepada perempuan kampung yang tidak tahu latar
belakangnya.”Entah lulus SPM ke tak nak jadi bini aku”fikir Akif sambil
menumbuk stering keretanya.
Dengan hati yang tidak keruan Akif memecut laju menuju pulang ke
Vila Kasih yang terletak di Bangsar kerana bimbang Tan Sri Syakir dan Puan Sri
Aminah iaitu papa dan mamanya akan risau jika dia pulang lewat dan pelbagai
soalan cepu mas akan dilontarkan oleh mamanya.Papanya lebih gemar mendiamkan
diri serta menganggukkan kepala apabila Akif di leteri mamanya.
Akif bernasib baik apabila dia sampai di rumah , kedua orang
tuanya sudah nyenyak tidur di buai mimpi.Dia terus menghempaskan badan ke atas
katil bersaiz king.Terlalu penat dengan tugasan kerja yang semakin banyak di
pejabat dan yang terbaru fikirannya serabut memikirkan usul mamanya yang
menyuruh dia menikahi anak kepada sahabat lamanya atau lebih tepat perempuan
kampung.Runsing kepalanya memikirkan hal ini.Dia terlelap dengan lenanya dengan
otak yang penuh dengan masalah yang terbaru.
Shahrul dan Luqman
yang tengah rancak membincangkan tentang projek di Putrajaya terkesima melihat
kelibat sahabat mereka yang berlalu tanpa memandang ke arah mereka dengan muka
yang kurang bertenaga.Sudah la masuk pejabat lewat.” Apa kena dengan Akif tu
ha?” tanya Luqman kepada Shahrul yang jugak tidak tahu menahu apa-apa sambil
mengelengkan kepala.
“ Apa kena dengan hang ni bro?”tanya Luqman dalam loghat
Kedah.Sememangnya Luqman berasal dari Sungai Petani.” Aku tengok kau macam tak
ada mood je pagi ni “tambah Shahrul pula dalam usaha untuk meredakan kekusutan
yang di alami sahabat mereka.” Aku ada masalah sikit.Mama aku suruh aku kawin
dengan anak kawan lamanya.Dah la anak orang kampung.Aku tak nak la wei “luah
Akif dengan perasaan yang perit.” Kau relaks la.Mana la tau pilihan mama kau tu
sesuai dengan kau”Shahrul menenangkan hati Akif.” Tak ada maknanya
sesuai.Perempuan tu budak kampung tau tak.Mana sesuai dengan aku anak Tan Sri
Syakir dan Puan Sri Aminah.Papa aku tu pemilik syarikat kejuruteraan ni.Mana
standard aku nak berbinikan perempuan kampung yang tak tau asal usulnya.Geli
dan jijik aku tau tak. “Akif dengan angkuhnya menghina orang kampung.
Shahrul dan Luqman hanya mampu mengelengkan kepala dengan telahan
sahabat mereka dengan harta dunia ni.Macam la boleh bawa masuk kubur nanti bila
ajal menjemput.Malas mereka mahu memanjangkan percakapan melawan Akif Akmal Tan
Sri Syakir.
Sesi persekolahan
bermula hari ini setelah seminggu murid-murid sekolah bercuti pertengahan tahun
selama seminggu.Maka hari ini juga bermula la tugasan Cikgu Balqis , Cikgu Maisarah
dan Cikgu Sofea.Balqis menjadi guru bahasa Inggris.Maisarah pula mengajar
Matematik dan sahabat mereka seorang lagi mendidik Bahasa Melayu.Sudah menjadi
rutin mereka akan pergi ke sekolah bersama-sama.Kalau salah seorang daripada
mereka yang pulang lewat maka semua pun turut pulang lewat.Ini la dinamakan
sahabat sejati katakan.
Semasa perhimpunan mingguan dijalankan pelbagai pesanan yang
disampaikan oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato ‘ Burhanuddin kepada
para pelajar berkaitan disiplin mahupun kebersihan persekitaran sekolah.
Usai sahaja perhimpunan yang mengambil masa selama satu jam itu ,
semua guru sudah bersiap sedia untuk memulakan tugasan kembali setelah seminggu
berehat.Balqis melangkah pelahan menuju ke kelas 5 Sains 2.” Assalamualaikum “
Balqis member salam sebaik sahaja kaki kanannya mececah muka pintu kelas itu.”Stand.....Assalamualaikum
cikgu “ ketua kelas 5 Sains 2 , Amran memberi salam lalu diikuti oleh pelajar
lain.” Waalaikummusalam semua..your all can sit now.Please pass up homework
that I ask you guys do infront then open text book page 136 “ Balqis memulakan
bicaranya dengan tegas tapi masih sopan gitu.
Begitu penat hari ini Balqis menjalankan tugas setelah bercuti
sakan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi lagu Hyuna. “ Nombor phone sapa
nie? ”bisik Balqis sendirian. “ Assalamualaikum , boleh saya tahu siapa di
sana? ”tanya Balqis dengan lemah lembut.
smbng? please
ReplyDeleteinnsyaallah nnty ada la smbungannya....>>>
DeleteLmenye tggu....
ReplyDeleteMne smbungan plssss
Xde smbungan lgi ke? Umph
ReplyDeleteXde smbungan lgi ke? Umph
ReplyDeleteApe ni tak de ending hishhhhhhhh
ReplyDeleteX de sambungan lgi kerr
ReplyDelete